Ad Code

Makan Nasi Kandar Ayam Goreng Bawang Bawah Flat di Kg Melayu Pulau Pinang

Terletak di bawah sebuah rumah flat yang lokasinya agak sibuk dengan struktur binaan bangunan dan jalan raya.

Nasi Kandar Kg Melayu Penang Review
Nasi Kandar Kg Melayu Penang Review


Terdapat sebuah kedai makan yang agak popular di sekitarnya. Pulau Pinang jarang tipikal makanananya lari dari makanan ala mamak meskipun dipenuhi dengan makanan tidak halal dari pendatang, terlalu banyak kedai nasi kandar yang ada mudah membuat pemula atau lagenda pencinta nasi kandar mencari nasi kandar di Pulau Pinang.


Nasi Kandar Bawah Rumah Flat

Namun, terdapat satu lagi pilihan para penggemar nasi kandar yang didirikan di atas tanah Pulau Pinang, sebagaimana yang penulis ceritakan di awalnya, kedai nasi kandar yang terletak di bawah sebuah rumah flat.

Nasi Kandar Kg Melayu Penang
Nasi Kandar Kg Melayu Penang


Sekitar jam 10-11 pagi penulis berjaya sampai mendapatkan parkir yang agak terhad, terima kasih kepada seorang pakcik (yang memang sudah dibayar) membantu mendapatkan parkir untuk sebuah kereta sedan kategori A.

Mahu Makan Kena Beratur

Seperti biasa penulis bukan peminat kedai makan versi beratur panjang namun penulis gagahkan juga sendi sendi dan urat yang ada untuk mencuba, agak ramai yang sanggup beratur, apa yang terjadi sebenarnya ?

Beratur Pilih Lauk
Beratur Pilih Lauk


Suasana kedainya tidak begitu menjolok mata atau terlalu 'fancy' sekadar sebuah kedai dengan aura redup sebuah kedai mamak biasa, dengan warna mejanya bewarna hijau daun pisang dan hiasan kedai mamak yang biasa.

Kebiasaannya keriuhan berlaku di kawasan hidangan makanan disinilah segala-galanya bermula untuk yang ingin mencuba nasi kandar yang diberikan nama Nasi Kandar Kg Melayu Pulau Pinang.

Pilih Lauk Nasi Kandar yang Ada 

Di bahagian 'pembahagian dan pesanan' makanan ini kekecohan sebenar berlaku, seperti biasa apabila membabitkan pesanan makanan dengan kadar jumlah menu lauk yang pelbagai memberikan sedikit cabaran kepada penulis untuk membuat pilihan, seperti biasa penulis akan memberikan laluan kepada isteri penulis membuat pesanan terlebih dahulu.

Menu Hidangan Di Nasi Kandar Kg Melayu Penang
Menu Hidangan Di Nasi Kandar Kg Melayu Penang


Maka selepas beberapa ketika berhempas pulas menyusun strategi memikirkan lauk yang akan penulis pilih, penulis membuat pilihan untuk mencuba;

1. Nasi Kandar Ayam Goreng Bawang (kuah campur)

2. Nasi Kandar Ikan Jenahak Gulai dengan Telur Rebus bersama Bendi Celur (kuah campur)

Sedikit makanan pagi untuk hero penulis, iaitu dua keping roti canai kosong kuah dal cair.

Pilihan Lauk Nasi Kandar
Pilihan Lauk Nasi Kandar


Rasa Nasi Kandar Kg Melayu Pulau Pinang

Sebagai seorang rakyat marhaen yang dibesarkan dengan makanan pantai timur dan tidak begitu obses dengan nasi kandar penulis akan memberikan ulasan jujur bagi seorang yang bukannya pemburu nasi kandar.

Kuah Campur

Dari segi kuah campur dalam nasi putih yang telah digaul, rasanya tidak begitu kuat dan aromanya juga tidak terlalu menonjol. Walaupun kuahnya dicampur dan kelihatan seumpama kawasan banjir namun rasanya seumpama satu jenis sahaja kuah yang dicurahkan.

Dari aspek kelebihan, ia agak menyenangkan untuk mereka yang tidak sukakan kuah campur yang terlalu ekstrim rasa campurannya. Apalagi yang risau akan bau kuah yang melekat pada celahan jari walaupun telah di basuh dengan sabun yang telah dibancuh air. 

Pendek kata, kuahnya, nak kata hambar tidak, tetapi nak kata terlalu menyengat pun tidak.Bagi penulis, penulis gagal menemui keunikan dalam kuahnya.

Ayam Goreng Bawang

Ayam goreng dalam versi sukar ditemui atau 'rare' setakat ini adalah ayam goreng bawang, namun kali ini penulis berjaya meletakkan satu lagi spesis menu ayam goreng yang lebih agak 'rare' ayam goreng bawang.

Nasi Kandar Ayam Ros
Nasi Kandar Ayam Ros


Dengan warna gelap kemerahan ayamnya, bertimbun di atas rak, siapa yang tidak mahu mencuba kena pula dengan kuah kari, itu bayangan pertama penulis ketika dalam sesi pemilihan lauk.

Pastinya di goreng dalam minyak yang telah berkali kali diguna membangkitkan warna tersebut.

Ayam Goreng Ros
Ayam Goreng Ros


Sekali dikoyakkan kulitnya dengan isi, tersembul warna putih isinya. Apabila dihidu, memang sah ada sedikit aroma bahawa ia digoreng bersama bawang.

Apa yang 'jahat' akan lauk ini? Mestilah keranggupan dan kelembutan isinya sambil terkadang terdapat terjahan bauan tajam halus aroma asing yang hadir. Dengan kuah campur ala hambar tadi, bersama dengan ayam goreng ros ini ? Kalau keduanya kahwin, kekal ke cucu cicit.

Ikan Jenahak Gulai

Porsinya tidaklah besar, namun masih wujud. Tipikal fikiran akan beranggapan ikan yang hidup tidak berapa jauh dengan kawasan laut dalam ini bila tidak digoreng garing akan hanyir tiba menyinggah di hidung, namun tidak, tidak hanyir.

Nasi Kandar Ikan Jenahak Telur Rebus Bendi
Nasi Kandar Ikan Jenahak Telur Rebus Bendi


Isinya cukup lembut, seperti tipikal kuah disini, tidak begitu kuat rasa penendang karinya. Namun, dengan isi yang lembut, tidak hanyir, boleh dikatakan pilihan lauk yang sesuai selain telur sotong.

Ikan Jenahak Gulai
Ikan Jenahak Gulai


Ulasan Penulis

Secara keseluruhannya, penulis sebenarnya agak gagal dalam mendapatkan keunikan nasi kandar ini yang mampu membuatkan pengunjung sanggup beratur panjang menunggu giliran, sudahlah di kawasan yang agak terpencil dan sempit apalagi agak sukar mendapatkan parkir.

Bagi penulis yang bukanlah penggemar sejati nasi kandar boleh mengatakan bahawa sedap namun tiada sebarang petanda atau seru untuk penulis sanggup ke Ayer Itam Penang mendapatkan nasi kandar ini yang telah beroperasi sejak 1970-an.

Walaupun Najib Razak juga pernah makan di sini, apalagi mendapat pesanan dari Istana Kedah.

Mungkin juga kewujudan 'signature' ayam goreng ros menjadi pujaan ramai peminat nasi kandar ayam goreng untuk mencuba di kedai ini.

Namun, harganya agak berpatutan penulis membayangkan akan mengeluarkan belanja yang agak tinggi untuk dua set nasi kandar namun masih di bawah RM30 termasuk beberapa makanan pagi dan air minuman. 

Rating: 3.8/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Lokasi di bawah rumah flat kos rendah di sekitar Kg Melayu Ayer Hitam.Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Nasi Kandar Kg Melayu,

A-29, Jalan Kampung Melayu, 

Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, 

Pulau Pinang

Harga Makanan

Nasi Putih + Kuah Campur + Ayam Goreng Bawang : RM6.50

Nasi Putih + Kuah Campur + Ikan Jenahak Gulai (Potong) + Telur Rebus + Bendi : RM9.90

Minuman (Teh Tarik + Air Suam) : RM2.30

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dalam dua sesi bermula jam 6.30 pagi hingga 1.30 petang, buka semula jam 4.30 hingga 10 malam.

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kalau saya memang tak ambil kuah banjir ini.. Selalunya kuah sedikit sahaja.. Ayam goreng bawang tu nampak menarik untuk dicuba tapi kalau kena beratur mungkin taklah..

    BalasPadam
  2. Nasi kandar ni ada peminatnya yang tersendiri. Tekak tak sama, jadi selera mungkin berbeza.

    BalasPadam
  3. Kt penang memang femes dengan nasi kandaq .. banyak pilihan kena pandai cari kedai nasi kandar yg sedap & paling penting bersih !

    BalasPadam