Ikan tilapia merupakan satu jenis ikan air tawar yang menjadi kegemaran penulis apabila melalui proses masakan goreng sehingga garing.
Dengan kulitnya garing ditambah pula dengan isi memutih yang lembut serta berjus, tidak kekok untuk penulis katakan ikan talapia adalah 'ayam air tawar dengan insang'.
Ikan Tilapia Celup Tepung Ranggup
Apalagi apabila ia digoreng dalam versi yang telah dicelup tepung yang boleh memberikan keranggupan aslinya bertambah. Sambil terhasilnya keriuk keriuk ranggup pada ikan tilapia goreng ini.
Ikan Tilapia Goreng Garing |
Sekadar krup krap krup krap (bukan bunyi menggaru kurap) tidak lengkap ikan tilapia goreng garing ranggup ini jika tidak diperisakan secara manual bersama sambal. Dalam situasi ini ikan tilapia goreng garing yang ranggup celup tepungnya di cecah pula dengan sambal ala penyet, yang masih kelihatan kulit cili yang merah.
Ikan Tilapia Goreng Dengan Nasi Putih
Kalau diratah sahaja kurang penendang (kick) rasanya namun apabila disajikan dengan kondimen utama sepeti nasi, nasi yang panas dan agak lembik, pasti semangkuk nasi tidak cukup untuk menu sebegini.
Jangan biarkan sahaja nasi bersama ikan tilapia goreng garing ini kering sahaja, hadirkan sekali sup kosong yang berperisa ajinomoto atau perisa memberikan lagi sedikit tambahan rasa umami pada menu hidangan ini.
Sets Talapia Terbang
Menu gabungan nasi putih, ikan tilapia celup tepung goreng, sambal penyet dan sup kosong ini memang wujud untuk dicuba segenap pencinta ikan goreng ini telah menjadi antara hidangan utama di sebuah kedai makan yang diberikan nama Sets Talapia Terbang
Set Nasi Talapia Terbang |
Porsi Set Nasi Ikan Talapia Goreng
Dari segi porsi, ikan talapia goreng seekor dengan saiz satu penampar seorang lelaki dengan berat 75kg, agak besar saiznya. Namun, nasinya cuma semangkuk biasa porsi nasi ayam yang tipikal kita lihat.
Semangkuk kecil sambal ala penyet yang masih kelihatan kulit cilinya yang agak berair, porsi ini sudah memadai dengan saiz ikan talapia yang digambarkan tadi memandangkan ia adalah sambal.
Semangkuk kecil sup kosong sebagai penambah perisa supaya keadaan set ini tidak kelihatan seperti padang pasir Sahara atau sebahagian Sungai Pahang ketika musim kemarau.
Rasa Hidangan Set Ikan Talapia Terbang
Ikan dengan saiz tapak tangan di mana bahagian siripnya, ekor dan kepala yang bewarna oren keperangan yang cukup ranggup dan garing. Bunyi 'asmr' memakan keropok jajan pasti kedengaran ketika menikmati bahagia garingnya.
Walaupun kapasiti tulang banyak di kawasan sirip, keranggupannya membolehkan kita manusia biasa mampu menelannya.
Ikan tilapia terbang ini tidak keseluruhannya garing seperti keropok ikan. Bahagian tengah abdomen ikan dalam kondisi ikan. Isinya yang memutih dan masih berjus dan teksturnya masih lembut. Kena pula dengan kulit yang bersalut celup tepung dicecah dengan sambal penyet, nikmat.
Hanyir ? Ikan air tawar memang lahiriahnya memiliki rasa ini, namun dalam hidangan ini hanyinrnya cukup minimalis dan jika tidak memiliki hidung resdung pasti tidak akan mengesannya.
Sambal ala penyet ini menambahkan lain perisa ikan talapia terbang ini bukan sekadar ikan goreng semata-mata Rasa pedas yang sederhana, masih boleh diterima oleh mereka yang kurang makan pedas melampau. Bukan pedas semata-mata padanya, masih memiliki rasa masam dan masih berjus.
Basahkan sedikit nasi putih dengan sup kosong yang berteraskan perisa, cubit isi ikan bersama sekali kulitnya yang diselaputi tepung, jangan lupa cecahkan pada sambal penyetnya, terus masuk ke mulut, puas hati. Pergaulan pelbagai perisa dan tekstur menghasilkan satu rasa puas dalam mulut.
Apakah Harganya Berpatutan ?
Hidangannya agak ringkas, namun puas hati. Bagi pencinta ikan tilapia goreng dengan sambal penyet pasti tidak akan kisah dengan harganya.
Bagi penulis dengan harga RM 12.00 ini, cukup masih berbaloi untuk dicuba. Dengan porsinya agak mengenyangkan dengan pengalaman rasa yang baharu, masih berpatutan.
Penilaian Keseluruhan
Secara kesluruhannya, ikan agak besar dan digoreng garing ranggup yang mampu menyebabkan penulis berjaya menghabiskan 90% porsi ikannya, tambahan pula dengan sambal yang sederhana pedas bersama nasi, hidangan ini agak sedap.
Rating : 4.5/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Kedai Makan Ucu Talapia Terbang Jalan Kebun |
Lokasi di tepi jalan tidak begitu sukar untuk menemui kedai makan Ucu Talapia Terbang & Kaklong Rock Kitchen apalagi berdekatan dengan dewan kahwin lorong ini.Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.
Ucu Talapia Terbang & Kaklong Rock Kitchen,
4163, Jalan Bani,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor
Harga Makanan
Chicken Grill (Set) : RM12.00
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang. Bergantung kepada habis awal tutup awal.
0 Ulasan