Ad Code

Review Chicken Grill Kafe Pondok Telok Panglima Garang

Sebuah kedai yang baharu sahaja bertapak di Telok Panglima Garang, Banting. EST sekitar 2023 dengan tema makanan yang dihidangkan ala kafe dan western food.

Chicken Grill Kafe Pondok TPG


Kedai yang penulis maksudkan adalah Kafe Pondok. Dalam kafe pastinya menu kopi yang ditawarkan, namun apakah makanan utama di restoran ala western dan cafe ini.


Pastinya makanan seperti chicken chop, chicken grill, dan pelbagai pasta akan tersenarai di dalam menu apabila bercerita mengenai kedai western food.

Chicken Grill Kafe Pondok

Kali ini penulis mencuba satu hidangan western food di kedai Kafe Pondok ini yang dinamakan chicken grill. 

Chicken Grill Kafe Pondok
Chicken Grill Kafe Pondok


Kebiasaan apabila ke restoran western food kalau bukan menu kambing penulis akan mencuba chicken grill berbanding chicken chop, kerana chicken grill lebih 'greasy' dan 'moist' berbanding chicken chop.

Kondimen Hidangan Chicken Grill

Chicken grill di Kafe Pondok datang dalam satu pinggan standard biasa. Atasnya terisi satu bahagian ayam yang dipotong lapan dari paha (thigh) ke betis ayam. Menemani ayam ini terdapat jejari kentang (fries) dengan warna kuning cair. 

Menambahkan tona warna coleslaw buatan sendiri yang bewarna putih diletakkan di atas dua keping daun salad hijau berenda.

Porsi Chicken Grill

Dari segi porsi agak banyak dengan ayam dengan keratan potong lapan, apalagi bilangan fries yang melebihi 20 batang dengan perimeter agak panjang dari jari jemari penulis, bagi penulis karbohidrat darinya juga banyak.

Namun, penulis berjaya pastikan bahawa coleslaw kapasitinya hanyakan dua kali cedukkan menggunakan sudu besi biasa. Apalagi daun salad yang agak terhad mungkin sekadar hiasan.

Ulasan Rasa Chicken Grill

Daging Ayam (Thigh)

Ayamnya sebelum dipanggang pastinya sudah dilumurkan dengan perapan, kerana ada sedikit rasa perisa pada ayamnya. Tekstur ayamnya pula masih segar, isinya masih putih dan berjus. 

Daging Ayam Chicken Grill
Daging Ayam Chicken Grill


Lembut sahaja apabila dihiris dengan pisau bergerigi yang disediakan bersama garfu.Apa yang pasti ayam ini dipanggang menggunakan 'pressure cooker' yang memastikan bahawa haba yang diterima daging ayam ini agak sekata. 

Jika dimakan begitu sahaja cukup sedap, tidak begitu melampau perapan dan tidak begitu hambar.

Sos Lada Hitam

Sos lada hitamnya agak gelap. Tidak begitu cair dan tidak begitu pekat. Tekstur yang sedan sedan, namun, apabila dikaut menggunakan daging ayam tadi ia masih melekat.

Dari segi rasa, tiada yang begitu unik namun sedap. Tiada sebarang rasa lain melainkan rasa sos lada hitam tipikal, namun, tetap sedap walaupun mungkin resepi sos lada hitam mereka cukup minimalis.

French Fries

Ranggup di luar lembut di dalam. Tidak begitu berminyak kerana pasti bukan hasil dari 'deep fry', kerana agak pasti ia dimasakan melalui pressure cooker.

French Fries
French Fries


Fries ini sesuai di makan dengan sos cili biasa yang telah diletakkan sedikit mayonis.

 Coleslaw

Penulis pasti ini adalah coleslaw buatan sendiri. Ranggup apabila gigi mula menyentuh kondimen sayuran dalam coleslaw. 

Coleslaw and Salad
Coleslaw and Salad


Biasa sahaja rasanya, namun, memang agak minimalis rasanya kerana tidak terlalu masam mayonisnya, tidak terlalu tawar masih ada rasa.

Apakah Harganya Berpatutan ?

Satu set chicken grill Kafe Pondok ini berjaya menelan belanjan RM13.90 per set. Dari segi porsi penulis boleh katakan agak berbaloi kerana mampu memberikan kekenyangan walaupun dalam satu set sahaja.

Dari segi rasa yang agak biasa, dan mungkin boleh ditemui di kedai western lain serta tiada sebarang rasa uniknya, untuk harga tersebut agak mahal.

Penilaian Keseluruhan

Dari keseluruhan rasanya, walaupun agak minimalis dan tiada sebarang rasa unik. Naluri dan deria rasa penulis masih merasakan chicken grill Kafe Pondok Telok Panglima Garang ini, sedap untuk dimakan. Sederhana namun sedap. Apalagi dengan satu kopi latte sejuk tanpa gula.

Rating : 4.0/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Lokasi di tepi jalan tidak begitu sukar untuk menemui kedai makan Kafe Pondok.Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Kafe Pondok,

2836, Jalan Kebun Baru, 

Kampung Batu 9 Kebun Baru, 

42600 Telok Panglima Garang, 

Selangor

Harga Makanan

Chicken Grill (Set) : RM13.90

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 5 petang hingga 11.30 malam.

Catat Ulasan

0 Ulasan