Ad Code

Brunch Di Warung Pokok Getah Selera Kampung Bendang Panjang Kuala Kangsar

Mungkin anda pernah menyaksikan babak dalam sebuah filem atau telefilem pendekat di mana dengan imej lelaki berpakaian baju nipis ringkas petak-petak, dengan selempang dibahu apalagi tanjak marhaen di kepala.

Brunch Bawah Pokok Getah Di Kuala Kangsar
Brunch Bawah Pokok Getah Di Kuala Kangsar


Berjalan-jalan di teduhan hutan yang redup hasil payungan pohon tinggi rendang seumpama pokok getah. Apalagi berjalan di rimbunan kebun getah sambil diperhatikan oleh seorang lagi rakannya yang sedang menikmati kuih apam setelah menghirup air kelapa dari gelas buluh.


Itu adalah antara babak yang pernah penulis lihat ketika zaman kanak-kanak sewaktu 90-an menonton cerita pendekar di kaca televisyen.

Kedai Makan Ala Pendekar Bawah Pokok Getah

Setelah menginjak alam dewasa, baru-baru ini, penulis telah berjaya terserempak dengan sebuah kedai makan dengan tema yang sebegini, tema kedai makan pendekar.

Redupan Kebun Getah
Redupan Kebun Getah


Tidaklah menggunakan buluh sebagai meja dan kayu tungul rambutan sebagai pangkin kerusi. Namun, suasana dan redupannya menyamai sedikit sebanyak keadaan di kedai makan pendekar.

Kedai Bawah Pokok Getah
Kedai Bawah Pokok Getah


Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar

Ruang Depan Kedai
Ruang Depan Kedai


Dibina di bawah teduhan kebun getah kedai makan ini berjaya menarik minat penulis untuk menikmati suasana dan merasai sendiri makan dalam keadaan pendekar. Kedai makan ini dinamakan Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar.

Restoran Selera Kampung Bendang Panjang
Restoran Selera Kampung Bendang Panjang

Kenderaan akan afdal diparkirkan di bawah celahan batang pokok getah yang mampu memuatkan dengan cemerlang sebuah kereta bezza 1.3L. Kereta yang lebih besar dari itu penulis tidak pasti.

Parkir Bawah Pokok Getah
Parkir Bawah Pokok Getah


Sistem Nombor Giliran

Kedai makan ini menggunakan sistem bernombor dimana staf akan datang mendapatkan pesanan bersama senarai menu makanan. Apabila makanan dan minuman tiba akan diberikan satu nombor giliran.

Kad Giliran Bayaran
Kad Giliran Bayaran


Nombor giliran yang berfungsi apabila ingin membuat bayaran, tunjukkan sahaja nombor ini ketika membuat bayaran di kaunter bayaran.

Menu 'Brunch' Chef's Recommends

Kedai makan ini dibuka dari awal pagi, menandakan bahawa ada menu sarapan pagi dijual di sini.

Jika dilihatkan pada senarai menu yang terdapat di atas kertas, penulis beranggapan bahawa kedai makan ini mampu memberikan makanan dalam kategori, breakfast and lunch iaitu brunch.

Oleh kerana berada dalam kategori 'brunch' maka penulis memulakan hari dengan makanan ringan dan sederhana berat.

Oleh kerana ini merupakan kali pertama penulis mencuba makanan dan minuman disini, maka kita cubalah makanan yang dicadangkan (recommended) seperti mana yang ditaip pada menu.

Menu Brunch Di Bendang Panjang Restoran
Menu Brunch Di Bendang Panjang Restoran


1. Set B (Chef's Recommends)

2. Mushroom Soup + Garlic Bread (New and Improved)

3. Mee Kari (Chef's Recommends)

Oleh kerana tiga menu ini memiliki *terma dan syarat dengan tulisan merah pada menu, apakata kita cuba.

Set B (Bread, Egg and Soup)

Set ini merupakan menu sarapan pagi yang agak ringkas. Hadir dalam pinggan seperti 2 keping roti bakar, 2 biji telur 3/4 masak yang masih bergedik, dan sup cendawan.

Set B Bread Egg Mushroom Soup
Set B Bread Egg Mushroom Soup


Walaupun ringkas, namun, dari impresi pertama walaupun masih belum dimasukkan ke dalam mulut, penulis agak pasti akan rasanya yang agak tidak seringkas penampakannya.

Terbaik. Memang tiga kondimen ini kena dan serasi. Rotinya tidak begitu keras walaupun selepas dibakar, ada pula telur yang tidak begitu masak, menjadi.

Set B Telur Goyang
Set B Telur Goyang


Apalagi apabila roti dan telur tersebut di dalam mulut berpadu, biarkan hirupan sup cendawan yang kemasinan menyampuk masuk ke dalam mulut. Penuh berperisa dan bertekstur rasanya.

Dari segi porsi, agak sedikit dan tidak cukup bagi penulis.

Mushroom Soup + Garlic Bread

Penulis memesan menu ini untuk anak kecil penulis. Terlupa sementara mengenai tema pendekar kedai ini apabila menerima makanan sebegini.

Garlic Bread with Mushroom Soup
Garlic Bread with Mushroom Soup


Garlic bread tidak begitu keras, mampu dikunyah dalam tenaga yang sedikit oleh anak penulis, apalagi bila dicicah dengan sup cendawan lebih memberikan perisa.

Dengan tekstur pekat dan agak ranggup apalagi penuh perisa dan bauan dari garlic bread dan mushroom soup, boleh tahan rasanya. 

Seperti biasa, porsinya lebih kepada alas perut di waktu pagi.

Mee Kari

Akhirnya berjaya kembali ke alam lokal meskipun bukanlah menu pendekar sepertimana suasana. Mi kari, menu yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa, walaupun banyak sahaja menu ini boleh ditemui, namun di kedai makan Selera Bendang Panjang ini, ia adalah chef's recommends.

Mi Kari Chef's Recommends
Mi Kari Chef's Recommends


Porsi yang agak mengenyangkan. Cukup segala kondimen yang perlu ada di dalam semangkuk mi kari yang tipikal.Mi, tauge dan kuah kelihatan sebelum digaul mesra sebelum kelihatan lauk dan kondimen lain seperti fish cake.

Kondimen Dalam Mi Kari
Kondimen Dalam Mi Kari


Tekstur kuahnya tidak begitu cair dan tidak begitu pekat. Secukup rasa, dan amat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa tanpa rasa risau akan pil chi kit teck aun. Rempahnya juga tidak begitu kuat dan sentiasa dikawal rasanya oleh santan yang secukup rasa.

Lauk ? Hanya fish cake.


Teh Tarik dan Strawberry Leleh

Berikan sedikit kelegaan kepada leher dan esofagus dengan dua menu minuman yang tidak asing seperti teh tarik, supaya setiap sisa di sekitar mulut berjaya dibawa menuju tangki perut secara suam

Strawberry Leleh
Strawberry Leleh


atau,

untuk kelegaan sehingga menghampiri beku otak (brain freeze) boleh dapatkan minuman ala smoothie dengan nikmat sejuk umpama berkawan dengan yeti di dalam igloo sambil merasai aroma buahan.

Buaian dan Permainan Kanak-Kanak

Usah risau jika anak anda atau anda sendiri yang sudah mula bola hanya duduk sahaja di atas kerusi yang tidak bergerak.

Anak Healing Dengan Buai
Anak Healing Dengan Buai


Di Selera Kampung Bendang Panjang ada juga menyediakan kerusi yang bergerak dan mampu berayun, iaitu buaian.

Nak bagi makanan cepat hadam, boleh cuba.

Perihal Harga Makanan

Dari segi harga kesemua di atas membawa kepada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebanyak sekitar RM20 lebih, maka harganya masih dalam julat yang agak berpatutan apalagi 'brunch' adalah gabungan dua waktu makan, masih mengenyangkan.

Menu Breakfast Selera Kampung Bendang Panjang
Menu Breakfast Selera Kampung Bendang Panjang


Dengan suasana dan rasa agak berpatutan.

Ulasan Keseluruhan 

Dari suasana dan pilihan makanan yang agak unik kunjungan ke kedai ini satu pengalaman baharu, dengan litupan redup pokok getah, hidangan makanan yang agak lain dari biasa dan banyak pilihan makanan.

Dari pengalaman tiada sebarang masalah yang ada, dan pulang dengan pengalaman singgahan kedai makan yang baharu

Rating : 4.0/5.0



Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Lokasi di tepi jalan tidak begitu sukar untuk menemui kedai makan Selera Kampung Bendang Panjang Kuala Kangsar.Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Selera Kampung Bendang Panjang,

Jalan Sultan Iskandar Shah, 

Kampung Bendang Panjang, 

33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali Rabu dan Khamis bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Buaian

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow


Catat Ulasan

0 Ulasan