Ad Code

Tom Yam Campur, Kerabu Mangga Menu Thai Di Ruean Thai Tropicana Aman Banting

Apabila melalui atau terlihat papan tanda kedai makan atau restoran Thailand yang agak 'asli' pasti akan menimbulkan sedikit rasa ingin mencuba dalam diri penulis.

Tom Yam Campur dan Kerabu Mangga Ruean Thai
Tom Yam Campur dan Kerabu Mangga Ruean Thai


Maksud penulis untuk perkataan 'asli' ini adalah restoran yang menyediakan masakan 'pure' Thailand bukan sekadar tom yam dengan pes boleh dibeli dengan serai berlambak dihiasi dengan lampu kalimantang bewarna-warni.

Dengan nama dan dekorasi kedai ala Thai yang sememangnya berada di Thailand sebuah restoran Thai yang ada di sekitar Sinaria Telok Panglima Garang, Banting penulis singgahi untuk makan malam.


Kedai Masakan Thailand Ruean Thai Telok Panglima Garang

Nama Thai pada papan tanda dengan pengcahayaan oren sudah mula menarik minat penulis untuk mencuba masakan di sini, apakah benar-benar Thai atau ala Thai. Ruean Thai Restoran namanya, kurang arif akan maksud ruean tersebut namun pastinya sebutan Thailand.

Banner Kedai Siam Ruean Thai Rimbayu
Banner Kedai Siam Ruean Thai Rimbayu


Ramai kelihatan pelanggan yang ada, kelihatan juga staf dan kakitangan yang agak sibuk memberikan impresi awal akan isitmewanya kedai Thailand ini. Disapa oleh 'chasier' sendiri untuk pesanan isteri penulis berjaya memesan kuay tiaw celup, manakala penulis dengan nasi putih, tomyam campur dan kerabu mangga.

Memang apabila kali pertama mengunjugi kedai Thai, penulis akan cuba untuk merasai ke'Thailand'nya dengan tomyam dan kerabu mangga (atau kadang-kadang somtam).

Nasi Putih

Agak mengecewakan sebenarnya apabila melihat porsi nasinya. Mungkin hidup di zaman madani yang serba kurang penulis abaikan. Semangkuk kecil porsi nasi putih mungkin agak dalam julat kapasiti seorang yang diet kanji.

Nasi Putih dan Tom Yam
Nasi Putih dan Tom Yam


Tiada yang istimewa pada nasi. Nasi biasa, tidak begitu lembik atau tidak begitu keras. Sedang-sedang sahaja teksturnya. Boleh didapati di rumah anda.

Tom Yam Campur

Dengan kapasiti mangkuk standard yang biasa dilihat itulah porsi tom yam ini. Apabila digaulkan kelihatan beberapa ekor udang yang kemerahan, beberapa ketul ayam, sedikit ketulan sotong, bawang holland di dalamnya dan ditemani sedikit racikan serai.

Tom Yam Campur Ruean Thai
Tom Yam Campur Ruean Thai 


Masih dalam kuantiti yang memuaskan hati akan kandungan serai dan bawang tidaklah seperti tom yam serai dengan lauk campur. Warna oren berkeladak boleh dilihat dari impresi luaran pertama.

Dari segi rasa apabila bermulanya hirupan pertama, rasa manis mula dikesan pada lidah. 

Diikuti dengan kepedasan tahap rendah setelah cecair kuah mula meninggalkan halkum.Rasa manis yang dirasai boleh dipastikan bahawa ia hasil dari air renehan udang atau air dari renehan ikan kerana ia manis bukan manis kerana gula pasir. Jika ingin dibayangkan, ia manis udang.

Pedasnya masih dalam julat yang agak rendah, pedasnya bukan berasal dari lada atau cili, pedasnya lebih kepada rasa pes tom yam.

Kerabu Mangga

Dari segi porsi yang dihidangkan di hadapan penulis, penulis beranggapan ia lebih kepada menu utama berbanding dengan kapasiti sekadar makanan sampingan. Cukup banyak porsinya apalagi tidak begitu kurang banyaknya mangganya. 

Kerabu Mangga Ruean Thai
Kerabu Mangga Ruean Thai


Dengan dilapik dengan salad kelihatan kelibat tomato dan kacang tanah. Dibawahnya kelihatan air yang pastinya masam rasanya menjadi alas kerabu mangga kali ini.

Ranggup mangganya itulah impresi pertama apabila penulis mula menyuapkan kerabu mangga Ruean Thai ke dalam mulut. Pastinya mangga yang digunakan adalah mangga mengkal dan segar. 

Kehadiran rasa masam pada mangga cukup memberikan klu bahawa ia mangga lemak.Apabila dikaut dengan sudu bersama kacang, tomato dan kuah yang masih tersisa satu rasa yang sememangya penulis harapkan dari kerabu mangga. Ranggup, masam, sedikit manis dan pedas. Memang sedap.

Kombinasi Tom Yam dan Kerabu Mangga

Apa yang boleh penulis ulas adalah gabungan dua menu ini cukup menjadi. Bayangkan manis, masam, pedas dan sedikit umami bergabung di dalam mulut. Apalagi dengan kesuaman dari kuah tom yam kena pula dengan nasi putih yang menjadi latar kepada rasa semuanya.

Senang cerita, tom yam dan kerabu mangga di Ruean Thai ini memang kena. Walaupun dalam kekurangan lauk, masih memberikan rasa yang pastinya tidak memerlukan lauk.

Adakah Harga Makanannya Berpatutan ?

Bagi hidangan dua nasi putih, satu set tom yam campur, satu kerabu mangga, air green tea dan extrajoss tanpa susu. Penulis berjaya mengeluarkan duit belanja secara QR duit now untuk kedai Ruean Thai restaurant ialah sebanyan RM46 lebih.

Dari nilai tersebut bagi pandangan penulis ia bukanlah satu amaun yang boleh dihabiskan untuk setiap malam, untuk seminggu sekali mungkin boleh.

Agak mahal berbanding makanan kedai tom yam lain yang lebih kepada lampu kalimantang warna-warni mungkin kerana lokasinya di Sinaria Rimbayu menyebabkan harga agak tidak sama dengan kedai tom yam lain.

Harga dengan rasa, mungkin agak berbaloi dan makanan yang dihidangkan juga agak sedap dan kena dengan selera.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Ruen Thai terletak di deretan rumah kedai di Sinaria Tropicana Aman, sebaris dengan kedai mamak salsabel dan berhadapan dengan jalan utama menuju ke lampu isyarat simpang empat Rimbayu. 

Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Ruean Thai Tropicana Aman

No 1, 

Jalan Aman Sinaria 1, 

bandar tropicana aman, 

42500 Telok Panglima Garang, 

Selangor


Harga Makanan

Tom Yam Campur : RM

Kerabu Mangga : RM

Air Green Tea : RM

Exrajoss Anggur (tanpa susu) : RM

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 4 petang hingga 2 pagi.

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Wifi

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow

Catat Ulasan

0 Ulasan