Dua kali sebenarnya penulis mencuba untuk menempatkan diri di dalam kedai makan ini, namun, kali kedua baharu sahaja berjaya.
Western Style Breakfast Di Warung Wak Jam Telok Panglima Garang |
Penulis ingin mencuba untuk merasai dan menikmati suasana dalam kedai ini kerana 'mahalnya' bayaran untuk berada dalam kedai ini.
Mengapa penulis berpendapat sedemikian ? Kerana kedai ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan yang datang. Sering juga terlihat di media sosial promosi secara langsung oleh pihak kedai dan juga beberapa akaun persendirian dalam ulasan peribadi mereka.
Sarapan Pagi Di Warung Wak Jam Telok Panglima Garang
Apa yang pasti kedai makan ini popular dalam menyediakan sarapan pagi di sekitar Telok Panglima Garang. Kedai makan yang penulis gambarkan ini adalah Warung Wak Jam Telok Panglima Garang.
Warung Wak Jam Jalan Puyuh |
Di pagi yang hening sekitar jam 9 pagi selepas berjaya 'fun walk' percuma dengan keluarga di sebuah taman tasik, penulis memilih untuk menjamu sarapan pagi di Warung Wak Jam.
Ketika penulis tiba, parkir agak terhad namun masih ada satu slot parkir memuatkan sebuah Bezza.
Dalam kedai juga tiada ramai kelihatan pelanggan, menandakan kekosongan pada ruangan duduk inshaAllah ada.
Pesanan Layan Diri dan Bayar Dahulu
Selepas mendapatkan tempat duduk dewasa beserta satu kerusi kanak-kanak, penulis diperlukan untuk membuat pesanan di kaunter, tiada staf atau pelayan akan datang untuk menanyakan pesanan menu.
Bayaran terus juga dibolehkan sebagaimana sistem di restoran makanan segera.
Di kaunter terdapat dua keping kertas bertulis yang sudah di'laminate' iaitu senarai menu untuk sarapan pagi. Penulis berjaya membuat pesanan, dua hidangan yang agak 'rare' untuk dicuba iaitu makanan pagi versi barat, western breakfast.
English Breakfast Set
Makanan malas versi penduduk negara mat saleh, yang boleh sahaja disediakan di rumah.
American Breakfast Set |
English breakfast Set ini terdiri daripada keping roti yang selalu digunakan sebagai roti bakar, roti titab, telur hancur (scramble egg), kacang dalam tin (baked beans), dua batang sosej, kobis bermayonis ala coleslaw dan sedikit sos cili.
Cukup ringkas, hanya beberapa bahan yang mudah diperoleh dan makanlah sendiri.Dari segi rasa, tiada yang begitu istimewa. Sama sahaja rasanya seperti yang boleh dibuat sendiri di rumah (versi homemade).
Sandwich Mini American Style |
Semuanya agak biasa, itu sahaja yang boleh penulis berikan ulasan. Terlalu biasa.
Mac Cheese with Nacho Cracker
Satu lagi hidangan ala barat yang bukan selalu dimakan di waktu pagi oleh masyarakat melayu. Hadir dalam satu pinggan dengan makaroni yang sudah dicurahkan dengan sos carbonara (kuah putih), dipadankan dengan kepingan nachos garing (ala keropek dalam balang) dengan perisa salted egg. Penulis yakin kerepek nachos ini dibeli dengan balang.
Mac and Cheese |
Dari segi rasanya, memang menepati piawaian warga barat yang tiada deria rasa, sememangnya makaroni tawar dan tiada perisa. Oleh itu diletakkan sos carbonara sebagai perisa.
Macaroni Tanpa Perisa Untuk Kesihatan |
Malangnya, sosnya juga tawar dan tiada perisa. Penulis kurang yakin dan mungkin orang di Amerika, Scotland atau New Zealand sukakan hidangan tanpa peris, tanpa umami.
Bercakap tentang umami hanya kerepek nachos sahaja berperisa masin.Mungkin disengajakan dimasak tawar dan hambar kerana disediakan kerepek nachos yang masin.
Teh Tarik Suam Penyegar
Bagi mengelakkan lidah mula tergelongsor dari percakapan bahasa melayu, cepat-cepat penulis menghirup air teh tarik yang cukup buihnya. Dengan rasa suam menyegarkan dan tidak begitu manis. kena dengan citarasa. Walaupun agak kedekut teh dalam teh tarik ini.
Teh Tarik Suam Kedekut |
Mungkin jika penulis lambat bertindak dengan menghirup minuman melayu ini, segala slang British dan American mula keluar. Fuh!
Harga Makanan vs Rasa dan Porsi
Dari segi harga dua hidangan ini adalah yang terpaling mahal dalam menu sarapan pagi mereka. Menghampiri RM30 untuk hidangan yang agak ringkas dan tiada perisa.
Apa yang pasti apabila berkunjung lagi ke Warung Wak Jam, penulis tidak akan sesekali untuk memesan dua menu ini walaupun kelihatan setiap meja memesan hidangan ini.
Menu Closed Up |
Mungkin RM11 dan RM13 untuk dua hidangan breakfast ala western ini dikhaskan untuk yang mementingkan kesihatan dari segi penggunakan bahan perisa.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak di Lorong Puyuh Kebun Bharu Telok Panglima Garang. Didirikan betul-betul di bahu jalan. Parkirnya di bahagian hadapan. Agak sempit jalannya. Boleh gunakan Google Maps dan Waze untuk lokasi tepat.
Warung Wak Jam,
No.42,
Lorong Puyuh, Batu 10,
Jalan Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor.
Harga Makanan
English Breakfast Set : RM 13
Mac Cheese with Nachos Cracker : RM 11
Waktu Operasi Kedai
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Sarapan pagi bermula jam 7 pagi dan berakhir 11 pagi.
Kemudahan/Fasiliti
Kerusi Baby
Cara Bayaran
Tunai
Paywave (Debit card)
QR Duitnow
0 Ulasan