Jangan cakap kopi tak payung. Apa yang selalu kopi payung kita ? Kandungan kafein semestinya, bau dan aroma dan kopi juga boleh memayungi taraf hidup seseorang.
Kafe Kopi Payong Rhu Muda Terengganu |
Tapi terdapat satu jenama kopi yang penulis pernah cuba di Terengganu. Memang namanya adalah kopi payong. Dengan panorama laut dihadapan, nak tambah keunikan panorama laut ini tersergam indah Pulau Kapas di depannya.
Nikmati Kopi Di Kopi Payong Rhu Muda
Sambil menyedut dengan 'peleting' atau lebih dikenali sebagai penyedut minuman sambil layan bayu laut dengan keindahan air biru yang kehijauan. Kopi Payung Rhu Muda nama tempatnya.
Kaunter Kopi Payung Rhu Muda |
Berbanding dengan gerai atau kedai kopi kontemporari lain, panorama inilah kelebihannya. Namun, hingga kini penulis masih agak bimbang dengan diri sendiri kerana masih tercari-cari dimanakan payung yang diberikan kepada jenama kopi ini, iyalah risau menjadi kemurungan dalam mencari makna.
Signboard Buka Kopi Payong |
Bak kata Malique dan Salam, terlalu banyak kopi aku menyanyi, sekarang berpuisi.
Rekabentuk Kafe yang Minimalis
Kedai Kopi Payong Rhu Muda adalah sebuah kedai yang tidaklah memerlukan rumah kedai atau premis persendirian untuk dijadikan kedai kopi atau kafe. Ia hanya didirikan dengan lingkungan beberapa lapisan besi menutupi ruang seumpama sebuah 'foodtruck' tanpa tayar.
Suasana Kopi Payong Rhu Muda |
Apa yang mahal adalah tempat duduk atau ruang menjamu kopi dan selera yang disediakan.
Tempat Minum Kopi Payong |
Dengan tempat duduk ala-ala bar di Hawai dengan tutupan dan litupan atap nipah kering dengan warna koko keperangan menghadap laut, ia asyik.
Dengan bangku dan meja kayu sebagai struktur utama, apalagi dengan beratapkan daun nipah sebagai alas bumbung. Menghirup kopi dan sedikit mamahan makanan sambil melihat kebiruan air laut memang puas hati.
Tempat Duduk Kopi Payong |
Seumpama seekor kucing mengibaskan pasir yang melekat di badan, metafora menghilangkan letih perjalanan.
Menu Kopi dan Minuman Di Kopi Payong Rhu Muda
Menu kopi yang disediakan juga mengikut citarasa dan gaya masa kini. Dengan pelbagai jenis kopi seperti latte, mocha, atau versi kopi susu original mereka. Beberapa air yang menyegarkan menyerupai 'sparkling water' juga disediakan atau dalam versi 'cocktail'.
Senarai Menu Kopi dan Minuman |
Secara mudahnya terdapat tiga kategori minuman yang ada;
1. Kopi campuran standard
2. Frappe (dengan foam buih dan topping tertentu)
3. Mojito (sparkling menu yang menyegarkan)
Frappe dan Mojito Kopi Payong |
Menu kopi dengan gaya sekarang. Sesuai dengan citarasa sekarang dan peminat kopi yang pasif. Pastinya menu yang disediakan bukanlah hasil 'brew'an yang setanding dengan kafe atau kopi yang premium penyediaannya, akan tetapi ia masih relevan untuk pencinta kafein.
Kali ini untuk kali pertama singgah di Kopi Payong Rhu Muda, penulis memilih dua minuman masing-masing untuk penulis dan isteri;
Hazelnut Latte Blue Ocean Mojito |
1. Hazelnut Latte
2. Blue Ocean Mojito
Terdapat Menu Makanan Di Kopi Payong Rhu Muda
Apabila sebuah kedai kopi dengan 'niche' kafe, kurang lengkap sebenarnya jika hanya menyediakan kopi dan minuman semata-mata. Tidaklah memerlukan pelanggan untuk membawa sendiri roti atau mi segera dalam cawan.
Senarai Menu Makanan dan Harga |
Di Kopi Payong Rhu Muda juga ada menyediakan makanan, makanan yang agak ringan sebagaimana kafe sediakan dan mungkin mampu mengisi perut kecil pelanggan dengan menunya.
Antara menu yang ada disediakan sebagai pendamping kopi atau air minuman yang dipesan adalah bebola daging (meatball), bolognese, cheezy wedges dan beberapa hidangan ala barat ringkas dengan tema keju.
Bagi yang tidak pernah lari akan rasa tempatan mi segera yang tidak bodoh dan roti bakar juga disediakan.
Apa yang agak mendukacitakan adalah ketika penulis tiba, kebanyakan makanan habis.
Lokasi Strategik Dapatkan Kafein Dalam Perjalanan
Meskipun Kopi Payong memiliki banyak cawangan, namun, di cawangan Rhu Muda Marang ini lebih menarik suasananya.
Suasana Menghadap Laut |
Dengan lokasi menghadap Laut China Selatan dengan panorama Pulau Kapas dan Pulau Gemia apalagi terletak di laluan utama dari utara Pantai Timur menuju ke selatan.
Panorama Indah Untuk Di Sekodeng Haha |
Bagi yang dalam perjalanan jauh untuk ke arah selatan dan ke Lembah Klang kafe Kopi Payong Rhu Muda boleh dijadikan sebagai tempat untuk merawat ketandusan kafein sebelum meneruskan perjalanan.
Julat Harga Minuman dan Makanan
Dari segi harga ia masih dalam kategori rahmatan lil alamin dengan bajet peminum kopi yang tidak tegar. Bermula dengan RM4.50 untuk harga kopi sehinggalah RM11.00 untuk menu kopi yang ada.
Senarai Harga Kopi Payong Rhu Muda |
Makanan. Agak sederhana harganya kerana ia lebih utamakan minuman berbanding makanan.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Agak 'tricky' kedainya kerana ia menghadap laut. Kawasan sekitar penuh dengan kedai jualan hasil laut seperti keropok dan satar. Ia terletak di belakang sebuah kedai yang menyediakan hidangan ini.
Boleh gunakan Google Maps dan Waze dan memerlukan anda berjalan kaki sedikit untuk ke bahagian belakang. Bukannya terletak di tepi jalan utama.
Kopi Payong Rhu Muda,
3, 21600 Marang,
Terengganu
Harga Makanan/Minuman
Hazelnut Latte : RM8
Blue Ocean Mojito : RM6
( Pelbagai Menu Kopi : RM4.50 ~ RM11 )
( Makanan Sampingan : RM3 ~ RM10 )
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali Rabu, beroperasi dari 11 a.m hingga 7 p.m
Waktu Operasi Kopi Payong Rhu Muda |
Fasiliti/Kemudahan
Buaian
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Pay
Debit Card
6 Ulasan
thanks sudi singgah dan drop komen kat my lil blog. wahh menariknya ur blog, so informative!!!
BalasPadamharap menjadi info berguna untuk citarasa bersama
PadamBanyak menu makanan habis je tu....tapi tempat makannya best tepi laut.
BalasPadamtu la pasal...kebanyakan makanan habis...lagipun masa ni pergi selepas waktu lunch..mungkin sudah tidak restock menu
PadamPencinta kafein wajib cyba...lebih-lehi lagi kepada yang mereka baru kahwin...memang feel mnum kopi sambil berdua-duan hehehe
BalasPadampekena kopi masa honeymoon tepi laut...risau sekejap sahaja singgah...terus balik chalet atau bilik haha..
Padamtuan macam ada pengalaman ni