Ad Code

Beli Muslim Roti Naan Beratur Panjang Di Pasar Malam Jalan Kebun Shah Alam

Penulis bukanlah seorang yang cergas dan padu dalam beratur di tempat tular (viral) untuk mendapatkan makanan atau minuman yang tular. Sering terjadi di kawasan penulis sendiri di mana terdapat sahaja mereka yang sanggup beratur panjang demi sekeping roti.

Muslim Roti Tempayan Pasar Malam Jalan kebun
Muslim Roti Tempayan Pasar Malam Jalan kebun


Bukan sekali penulis saksikan adegan dan aksi beratur panjang sambil menunggu giliran mendapatkan roti. 

Lokasi yang sering penulis saksikan ketika sedang menikmati kesesakan dalam trafik pasar malam, tidak termasuk mereka yang tiba-tiba berhenti di tengah jalan kerana menemui rakan dikenali.


Beratur Panjang Beli Roti Tempayan

Namun, kecekalan penulis untuk tidak beratur bersama mereka yang sanggup beratur mulai goyah apabila isteri sendiri yang ingin mencuba roti tersebut, apalagi dengan bantuan testimonial dari kawannya yang datang beratur panjang semata-mata untuk roti ini.

Beratur Beli Roti Tempayan
Beratur Beli Roti Tempayan


Bercerita tentang roti, penulis bukan bercerita tentang roti gardenia ataupun mana mana roti yang dibuat di kilang.

Roti ini adalah roti diuli sendiri dan di bakar sendiri 'on the spot'. Keyakinan pembuat roti ini menambahkan lagi semangat penulis untuk beratur mendapatkan roti ala roti nan ini untuk kali pertama.

Muslim Roti Ala Tempayan

Pembuat roti yang juga penjual roti menanyakan kuantiti kepada setiap pelanggan yang beratur walaupun nun jauh dari pandangan matanya. 

Roti Muslim ala Tempayan
Roti Muslim ala Tempayan


Sampai sahaja giliran penulis, penulis sekadar memesan dua keping roti sahaja, sekadar untuk mencuba roti buatan sendiri yang berjaya dijual di segenap pasar malam sekitar Jalan Kebun Shah Alam ini dinamakan Muslim Roti Ala Tempayan.

Namanya sahaja sudah menggambarkan rotinya adalah patuh shariah, hendaknya.

Dough Roti Tempayan
Dough Roti Tempayan

Doh (dough) yang telah siap dibawa untuk diuli seakan roti canai dan lempeng. Terus dibakar di atas kuali teppanyaki (kuali burger leper rata) mengikut kuantiti pilihan pelanggan.

Roti Tempayan Muslim Diatas Kuali
Roti Tempayan Muslim Diatas Kuali


Pastinya roti ini adalah dalam versi tawar tanpa perisa memandangkan kelihatan kuah kari yang disediakan bersama roti ala roti tempayan ini, bagi penulis ada baiknya gelarkan kepada roti teppan, kerana bukan tempayan digunakan tetapi kuali teppan.

Set Hidangan Roti Ala Tempayan

Dalam satu hidangan diberikan roti dan kuah, itu sahaja, kuah hadir dalam versi kari. Terdapat dua jenis kari untuk cecahan dengan roti iaitu kari daging dan kari ayam. 

Agak kurang bernasib baik untuk penulis gagal mendapatkan kuah kari ayam memandangkan kuah ini agak laris dan sering kehabisan.

Kali ini penulis mencuba sekeping roti tempayan dan kuah kari daging.

Rasa, Porsi dan Tekstur Roti Muslim Ala Tempayan

Cukup lembut, itulah impresi pertama apabila di pegang. Seolah kepingan kapas dalam tekstur plastisin kenyal ketika dipegang. Apabila dicarik teksturnya tetap pejal dan tidak terus berserdak. Perkataan lain untuk kata nama ini adalah gebu.

Sekeping Muslim Roti Tempayan
Sekeping Muslim Roti Tempayan


Sebelum ia hinggap di mulut pun ia memiliki karakter lembut dan gebu apalagi hadirnya satu aroma roti dengan aroma hasil panggang di atas kuali rata. Masih suam menandakan muatan haba tentunya cukup besar walaupun berjaya berada di dalam bakul G10N motosikal penulis dalam masa 30 minit sebelum dibuka bungkusan.

Roti Tempayan Lembut dan Gebu
Roti Tempayan Lembut dan Gebu


Dari segi rasa, tiada banyak yang boleh diceritakan. Tiada perisa dan rasa lembut rotinya sempat bermain-main dengan gigi dan lidah sebelum tercerai dalam bentuk ketulan 'bolus' makanan. Lembut untuk dikunyah, anak penulis berusia dua tahun juga berjaya menelannya tanpa was-was.

Kuah Kari Daging

Roti lembut gebu dengan aroma panggang, memerlukan kuah sebagai pelengkap. Kuah kari daging menjadi pilihan kali ini (kerana tiada pilihan. kari ayam habis).

Kuah Kari Daging
Kuah Kari Daging


Gulainya bukan sekadar bancuhan serbuk kari dan santan semata-mata. Pastinya mereka yang gemarkan kari daging sebagai hidangan pasti akan menaikan ibu jari tanda setuju.

Lauk Daging Dalam Kuah Kari
Lauk Daging Dalam Kuah Kari


Pedas dari rempah dan serbuk kari dengan rasa lemak santan cukup sebati pekatnya. Terdapat ketulan daging di dalamnya tanda tidak berapa kedekut dalam memberikan ektra lauk.

Keakraban Roti Gebu dan Gulai Kari Lemak Santan

Kombinasi gulai dan rotinya cukup terbaik. Sehinggakan apabila kehabisan roti yang dibeli, penulis mampu menghabiskan beberapa keping roti gardenia dengan kuah tersebut, sungguh sedap. 

Bayangkan roti yang gebu dan lembut dalam cecahan kuah kari yang pekat dengan kelihatan pecahan minyak dalam kari apalagi rasa kari yang lengkap dengan pedas kari dan lemak santannya. Cukup padu.

Lemak, pedas, sedikit manis ala amboi..amboi..santan kelapa ala amboi..amboi..Haa kan sudah ternyanyi dan tahukah anda artikel ini bukanlah tajaan dari pihak Muslim Roti namun penulis gagal mengarahkan tangan penulis untuk mengatakan ia antara roti tempayan yang terbaik pernah penulis rasai.

Berapakah Harga dan Berbaloikah ?

Dari segi harga, cukup rahmatan lil alamin dan marhaen. Sekeping roti berharga RM4. Dengan tekstur, porsi dan kepuasan makan, cukup murah. 

Harga Muslim Roti Tempayan
Harga Muslim Roti Tempayan


Penulis sarankan dapatkan minima dua keping yang hanya menyebabkan anda berbelanja hangus kurang RM10.Apalagi untuk satu set RM4, kuahnya boleh di makan bersama hidangan lain.

Beratur panjang dalam hujan dalam keadaan sesak, agak berbaloi.

Informasi Pelanggan

Lokasi Restoran

Lokasinya berubah-rubah memandangkan selalu mudah di temui di pasar-pasar malam sekitar Klang dan sedikit Shah Alam. Artikel ini ditulis ketika pembelian di pasar malam Jalan Kebun hari Selasa dan Jumaat.

Banner Muslim Roti Tempayan
Banner Muslim Roti Tempayan


Penulis sarankan untuk informasi lokasi yang tepat, hubungi nombor yang diberikan. 

Pasar Malam Jalan Kebun (Hari Jumaat)

Kampung Jln Kebun, 

40460 Shah Alam, 

Selangor

Harga Makanan

Roti ala Tempayan + Kuah Kari Ayam atau Daging : RM4/Set

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari beroperasi dari 11 a.m hingga 3 p.m

Cara Bayaran

Tunai

DuitNow QR Pay

Hubungi

012-649 2227


Catat Ulasan

0 Ulasan