Kelantan merupakan satu negeri yang menerima hembusan angin monson timur laut yang berkala untuk acara tahunan.
Sup Urat Keting Coconut Shake Cikyah Sup Keting |
Dengan cuaca dan iklim ini makanan yang terhasil dan tercipta juga akan mula berasimilasi dengan keadaan sekeliling.
Sup Panas Ketika Musim Hujan
Bayangkan langit dengan warna kelabu cair (light grey) dari hujung ke hujung, dengan hujan yang renyai tidak begitu lebat dan sedang sedang sahaja kuantiti hasil cairan 'supercooled water droplet' yang ada di dalam awan, dan terjahan lembut angin yang baharu melepasi bulu roma.
Ketika ini apabila perut mula berdendang berkeroncong atau ingin menuju ke tarian zapin tahap laparnya, apakah makanan yang sesuai ?
Ya! Betul 100 markah untuk anda. Sup panas-panas. Bagi yang salah meneka tidak mengapa penulis tidak tahu.
Menu Sup Negeri Kelantan
Bila bercakap mengenai sup yang ada di Kelantan, penulis jarang sekali akan cuba mendapatkan sup yang hanya dimulakan dengan tumisan bawang putih dan bawang merah bersama rempah tiga sekawan sebelum dimasukkan air sebagai kuah. Ini resepi ringkas yang penulis sendiri masak sup di rumah.
Pastinya demi mengharapkan setitis dopamin yang mampu menggembirakan diri sendiri. Penulis akan cuba mendapatkan satu sup dengan keladak segala macam sum sum, serpihan daging ayam atau lembu, dengan bauan rempah menyengat bersama kepulanan wap air yang tercipta hasil dari takat didih yang berjaya berlaku di dalam periuk (atau kawah) besar.
Renehan Sup Dengan 'Keladak' Rempah Ratus
Itu dari segi supnya, apa yang perlu ada dalam kuah sup tersebut juga perlulah sesuatu yang agak jarang kita boleh temui dirumah seperti isi ayam atau isi daging apalagi sekadar halia dan serai seperti kebanyakan kedai tomyam kini.
Kaunter Kedai Cikyah |
Kehadiran perut muda (usus kecil) dengan hirisan halus yang menyamai saiz kue teow yang belum dimasak dan urat keting yang bewarna cerah menghampiri sekakan lutsinar warnanya yang apabila dikunyah ia memerlukan dua atau tiga kunyahan sebelum boleh ditelan. Inilah sesuatu yang agak berlainan yang perlu ada dalam sebuah sup ketika musim hujan.
Kedai Sup Urat Keting Pengkalan Chepa
Sup dalam mangkuk dengan warna kelabu dengan keladak sum sum (hasil renehan daging atau tulang) atau rempah ratus dengan kehadiran ketulan daging lembu dan daging ayam, apalagi bila wujudnya urat keting dan hirisan perut (usus) dalamnya. Dihias pula dengan daun sup dan daun kucai.
Kedai Cikyah Sup Keting |
Apa yang penulis cuba sampaikan ini adalah satu hidangan sup yang pernah penulis nikmati di Cikyah Sup Urat Keting Pinggiran Golf Kelantan.
Set Nasi Sup Urat Keting
Penulis sarankan untuk mencuba semua lauk yang ada, pesan sahaja sup campur. Dalam sup campur ini akan diberikan semangkuk sup dengan lauk daging ayam, daging lembu, urat keting, dan usus (perut muda). Baru lengkap untuk mencuba.
Sup Urat Keting Campur |
Secara tipikalnya sup ini didatangkan dalam bentuk set. Dimakan bersama nasi putih yang siap di letakkan timun dan sambal lada. Tiada yang istimewa dan unik, boleh didapati di mana mana, termasuk rumah anda.
Nasi Putih Sambal Belacan dan Timun |
Jika tidak keberatan untuk menikmati sedikit kerangggupan dalam bentuk protein, boleh juga pesan telur dadar.Dengan rambu ramba yang ada, ia dipanggil telur dadar sarang burung.
Telur Dadar Sarang |
Agak sinonim dengan peneydiaan telur dadar versi terkini. Dari segi bentuk ia mendapat nama.
Air Kelapa Muda Asli
Salah satu lagi menu yang menjadi pilihan di restoran yang bersebelahan dengan padang golf Pengkalan Chepa ini, adalah hidangan air kelapa muda.
Air Kelapa dan Isi Kelapa |
Air kelapa muda yang memberikan kesegaran asli ini mungkin dari jenis matag atau pandan, namun penulis tidak begitu peduli akan jenis kelapanya selagi ia bukan kelapa laut afrika.
Coconut Shake Ada Dijual Di Sini
Alang alang sudah berada disini, bolehlah juga cuba kelapa kocak (coconut shake), sekejap, penulis sarankan abaikan nama dalam bahasa melayu untuk 'coconut shake' ini apabila membuat pesanan. Risau akan nasib anda jika berbuat sedemikian.
Segelas Plastik Coconut Shake |
Air kelapa yang dikisar bersama susu isian cair, dan diletakkan pula ais krim vanilla di atasnya yang membentuk seperti satu mikrofon. Masih tidak terasakah untuk mencubanya ?
Coconut Shake Vanilla Ice Cream |
Walaupun dari segi persembahan agak ringkas. Hasilnya puas hati.Air kelapa yang dikisar bersama susu isian cair, dan diletakkan pula ais krim vanilla di atasnya yang membentuk seperti satu mikrofon. Masih tidak terasakah untuk mencubanya ?
Walaupun dari segi persembahan agak ringkas. Hasilnya puas hati.
Harga Makanan Masih Berpatutan
Dari segi harga secara purata di kedai makan dengan tema sup ini ia masih berpatutan. Harga bermula sekitar RM7 sehingga RM10 masih dalam kategori marhaen. Jika untuk makan tengah hari harian masih mampu bagi mereka yang bekerja tetap.
Apalagi bila dibandingkan dengan rasa makanan dan harganya. Masih berbaloi dan penulis agak berpuas hari.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Bagi yang sudah biasa dengan kawasan Padang Tembak Pengkalan Chepa pasti akan tahu lokasinya yang bersebelahan dengan padang golf. Bagi yang jauh ia terletak di hadapan Institut Latihan Perindustrian ILPKB Pengkalan Chepa.
Jika ada data internet boleh gunakan Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.
Cik Yah Sup Keting,
Jalan Maktab,
Taman Orkid,
16100 Kota Bharu,
Kelantan
Set Nasi Sup Campur (ayam+daging+perut+urat keting) : RM10
Telur Dadar Sarang: RM
Air Kelapa Muda : RM
Cococnut Shake : RM
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 11 pagi sehingga 7 malam.
Kemudahan/Fasiliti
Kerusi Kanak-Kanak
Cara Bayaran
Tunai
QR Duitnow
Hubungi
017-930 0199
6 Ulasan
Murahnya set nasi sup urat keting tu.
BalasPadamBoleh pergi balik kampung nanti..
oh kg area sini ko ? kemah...boleh la try and cuba...mano tahu jadi regular customer nanti hehe
PadamSaya baca pelan-pelan dan sampai habis..memang boleh tersenyum saya dibuatnya
BalasPadamterima kasih tuan baca sampai habis...hanya nukilan yang terkeluar dari kepala terus ditaip..itu sahaja
PadamYa Allah..... Harus terbang segera agaknya saya ke Kelantan , 😄👍. Sukses buat drooling pas baca deskripsi sup panas ini lah bang.🤤
BalasPadamMemang cocok disandigkan dengan coconut shake pulaaa 😍😍🤤
Kelantan adalah syurga variasi makanan untuk masyarakat melayu kampung. Kalau mahu cari cari makan di Kelantan perlu tinggal lama di sini. Perlu cuba pelbagai jenis makanan.
Padamsup ni antara yang sedap pernah saya cuba.