Ad Code

Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled Black Pepper Sauce Ady's Smokin Taste

Pertembungan antara dua makanan dari dua kategori yang berbeza jarang sebenarnya ditemui. 

Nasi Goreng Kampung Grilled Chicken Ady's Smokin Taste Banting
Nasi Goreng Kampung Grilled Chicken Ady's Smokin Taste Banting


Mungkin risau akan berlaku 'yikes' sebagaimana dalam satu muzik video rancangan Bebefinn dimana menggabungkan beberapa makanan menjadi satu makanan.


Dua sahaja yang menghasilkan jawapannya, sedap atau meloyakan.Namun, terdapat satu menu yang berjaya penulis lalukan di bahagian lidah menuju ke perut yang menggabungkan dua jenis hidangan dalam satu menu. 

Gabungan Dua Menu Hidangan Jadi Satu

Lagi menampakkan perbandingannya apabila ia juga mewakili makanan melayu/thai dan makanan ala barat (western food).

Menu ini dinamakan Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled. Di mana penulis mencuba hidangan ini di sebuah kedai western food kebiasaan kepada penulis untuk singgah nikmati western food iaitu Ady's Smokin Taste.

Ady's Smokin Taste Restaurant
Ady's Smokin Taste Restaurant


Sebelum ini tiada menu ini disediakan mungkin kerana sekarang di restoran western food 

Ady's Kitchen Telok Panglima Garang ini telah mempelbagaikan menu makanan yang ada iaitu masakan panas dan goreng-goreng maka terciptalah menu ini.

Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled

Di pinggan bersaiz biasa terdapat porsi semangkuk nasi goreng kampung yang kelihatan memang memiliki ciri-ciri nasi goreng kampung dengan kangkung dan ikan bilis. 

Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled
Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled


Paha ayam yang dipanggang dengan simbahan sos lada hitam menjadi lauk atau kombinasi kepada nasi goreng kampung ini. Sehelai daun salad yang dijadikan pelapik kepada ayam panggang bersos ini dan itu sahaja yang ada pada sepinggan menu ini.

Nasi Goreng Kampung

Dengan memiliki kriteria lengkap nasi goreng kampung seperti nasi yang agak kelabu, dengan sayur kangkung yang ranggup, kehadiran ikan bilis goreng dan beberapa ulas bawang putih menampakkan bahawa dalam menu ini nasi goreng kampung yang disediakan bukan dalam keadaan tiruan (fake).

Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Kampung


Nasinya pun sudah memiliki rasa dan perisa dari adunan sos dan perasa yang dimasukkan ke dalam senduk besar sebelum dipanaskan dengan api besar. Cukup perisa dan rasa, antara nasi goreng kampung yang sedap dari Ady's Smokin Taste.

Apalagi kehadiran ikan bilis dan kangkung yang cukup ranggup dan segar. Memang ia memiliki rasa nasi goreng kampung tipikal yang sedap. Walaupun porsinya tidaklah begitu banyak.

Ayam Grilled (Panggang)

Apabila berkunjung ke Ady's Smokin Taste Telok Panglima Garang untuk menikmati western food, penulis akan sentiasa menjadikan Grilled Chickennya sebagai pilihan. 

Chicken Grill Adys Smokin Taste
Chicken Grill Adys Smokin Taste


Tekstur ayam yang lembut, tambahan pula pilihan bahagian paha ayam dengan kulit yang agak garing dan tekstur isi yang lembut berjus. Dengan perapan yang 'santai matai' tidak begitu 'overload' perapannya menambahkan lagi rasa ayam.

Walaupun dipanggang (tidak pasti secara manual atau automatik) semuanya sekata. Isinya cukup masak dengan warna isi putih dan sedikit merah jambu dan tiada kesan darah atau arang pada kulitnya.

Sos Lada Hitam

Bagi penulis, Ady's Kitchen memiliki resepi sos lada hitam yang tersendiri. Agak berlainan rasanya berbanding kedai western food lain yang menyediakan sos lada hitam mereka. 

Walaupun agak cair dan lebih kepada kuah berbanding kepekatan sos, aroma dan rasa pertamanya agak menyegarkan. Seumpama baharu sahaja mandi di air terjun selepas menggosok gigi dengan ubat gigi berpudina. Mungkin dalam sos lada hitamnya terdapat campuran pudina dan oregano.

Pedas. Agak pedas, dan pedasnya bukan berasal dari cili atau lada. Pedasnya dari lada hitam tersebut. Mungkin kanak-kanak sekitar dua tahun dan ke bawah akan merasai kepedasannya agak ekstrem, namun, berangin dan pedas dua kombinasi agak sedap apa pula 

dengan ayam yang lembut.

Ulasan Penulis

Walaupun kali pertama mencuba nasi goreng kampung chicken grilled, rasanya agak memberangsangkan dan sedap. Namun, porsinya agak sedikit mungkin untuk penulis ia tidak cukup memberikan kekenyangan melainkan menikmati rasanya.

Dari segi harga jika dibandingkan dengan rasa mungkin berbaloi. Jika dibandingkan dengan porsi dan kekenyangan ia agak mahal. Dengan harga RM 18.90 untuk satu hidangan nasi goreng chicken grilled bukanlah hidangan untuk makan setiap malam, namun, jika baharu gaji bolehlah mencubanya.

Penilaian : 4.5/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di Jalan Sukepi Jenjarom Telok Panglima Garang. Mercu tanda (landmark) adalah satu flyover SKVE diatasnya jika dari Shah Alam berada di kiri dan kanan apabila dari Banting.

Ady's Smokin Taste,

Jalan Sukepi, 

Kampung Sungai Jarom, 42600 

Jenjarom, Selangor

Harga Makanan

Nasi Goreng Kampung Chicken Grilled : RM18.90/Set

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari 6 p.m hingga 12 a.m

Fasiliti/Kemudahan

Tandas Awam

Kerusi baby

Cara Bayaran

Tunai

Touch n Go Ewallet

DuitNow QR Pay

Bank Transfer (Maybank)


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. nasi goreng chicken chop dah pernah jumpa,nasi goreng chicken grill belum pernah rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada beza sangat cuma...chicken grilled digantikan..rasa lah basah basah moist sikit berbanding kering chicken chop hehe

      Padam
  2. 2 hidangan dijadikan 1, sebenernya tak aneh, Krn di kota Banyuwangi sini, mereka terbiasa menggabungkan 2 jenis menu dalam satu. Biasanya yg berkuah, dengan yg tidak berkuah.

    Jadi saya dah biasa melihat menu gabungan atau fusion macam nih 😄.

    Tinggal skr, dicoba dulu baru bisa putuskan suka atau tak 😁😄

    Tapi melihat bentuk nasi gorengnya, tak coklat Krn kecap, rasanya saya akan suka. Saya memang lebih suka fried rice yg tidak diksh kecap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di Malaysia, kalau pesan nasi goreng biasa baru dapat kicap. Kalau pesan (order) nasi goreng kampung, nasi goreng cina, tidak digaul kicap hehe

      Padam