Suasana adalah faktor yang agak penting sebenarnya untuk sesebuah kedai makan atau restoran mudah diingati atau cepat tular.
Breakfast by The River Di Kuala Kangsar Perak |
Semestinyalah makanan yang sedap dan pilihan makanan yang pelbagai adalah penyebab utama ramai orang datang ke kedai, namun, keunikan lokasi dan kedudukan kedai juga boleh mainkan peranan.
Sarapan Pagi Di Tepi Sungai Perak
Bayangkan anda sedang menikmati teh tarik dengan suapan nasi kerabu yang ada ayam dan telur masin didalamnya di tepian sungai yang airnya cukup menenangkan menjadi hidangan ekstra permandangan anda. Agak menarik bukan.
Sarapan Tepi Sungai Perak |
Apa lagi kedai yang anda makan sarapan pagi tersebut terletak di kawasan yang agak popular yang sering menjadi bualan dalam filem dan naskah dari arwah Mamat Khalid dengan loghat Perak yang cukup sinonim di cuping telinga anda.
Meja Makan Hadap Sungai |
Breakfast by The River Kuala Kangsar Perak
Ada sahaja restoran yang memiliki suasana dan kriteria sebegini iaitu Restoran Breakfast By The River Kuala Kangsar Perak.
Breakfast by The River Gerbang |
Semuanya bermula dengan isteri penulis yang berjaya menemui kedai ini memandangkan kami sekeluarga ada sedikit urusan di Kuala Kangsar.
"Sapa doh Kuala Kangsar ni, kito nak make sarape mano ?" begitulah ungkapan pertanyaan penulis kepada isteri.
Cashier dan Dapur Masak |
Dengan namanya yang menggambarkan 'sejarah' tempatan dengan nama inggerisnya, apalagi tepat mencerminkan lokasi kedai tersebut yang sememangnya berada di tepi gigi air Sungai Perak di Kuala Kangsar.
Suasana Dalam Kedai |
Dari segi pelancongan, Sungai Perak adalah nilai signifikan untuk Kuala Kangsar.Restoran ini seumpama sebuah 'jeti' yang berada di tepian Sungai Perak. Majoriti asas binaannya adalah kayu dengan hiasan pokok renek berserta beberapa helai kain ala ala langsir memberikan sedikit suasana 'magestic' sedikit.
Memerlukan sedikit pendakian anak tangga dengan pelantar menuju tepian sungai, penulis boleh yakinkan anda ia umpama jeti.
Sistem Pesanan Layan Diri (Dengan Sound System)
Cara pesanan disini dilakukan secara layan diri, tiada pelayan akan datang mengambil pesanan di meja.
Angka Giliran |
Pelanggan diperlukan beratur di bahagian 'cashier' untuk membuat pesanan. Di dinding kedai dan di atas meja 'cashier' terdapat menu makanan, buatlah pilihan tersebut.
Selepas membuat pesanan, anda akan diberikan nombor giliran yang akan dipanggil oleh seorang 'm.c' apabila hidangan anda sudah siap nanti.
Menu Hidangan yang Ada
Nama restoran telah memberitahu kita secara tersurat bahawa menu hidangan disini adalah berdasarkan sarapan pagi.
Nasi Kerabu dan Nasi Dagang |
Roti bakar, nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk dan beberapa lagi makanan sarapan pagi ada disediakan kepada pelanggan disini. Terdapat nasi dagang dan nasi kerabu memberikan sedikit klu kepada penulis untuk persoalan, 'adakah ini kedai makan pantai timur ? Sekadar soalan retorik.
Menu Sarapan |
Penulis bersama keluarga memilih nasi dagang, nasi kerabu dan garlic bread berserta mushroom soup untuk anak penulis sebagai hidangan kali ini di Restoran Breakfast by The River.
Dengan kehadiran sup cendawan pasti memberikan deria rasa untuk menikmati makanan ala barat (western food). Western food juga ada disediakan disini jika anda ingin menikmati makanan dipanggang pada waktu pagi ditemani bunyian geseran daun buluh dan deruan air dari sungai.
Ulasan Penulis
Walaupun boleh menggunakan Waze dan Google Maps untuk carian lokasi Restoran Breakfast by The River namun ia sekadar lorong hadapan sahaja. Penulis memerlukan deria membaca peta untuk sampai. Kawasan parkir yang agak kecil memerlukan masing masing memiliki kemahiran membetulkan kenderaan secara teratur, jika datang ketika kenderaan yang banyak.
Menu yang ada cukup banyak walaupun dalam waktu makan pagi. Apalagi terdapat menu nasi kerabu, nasi dagang yang boleh dikatakan agak 'rare' untuk ditemui di belah pantai barat. Western food mungkin boleh dikategorikan dalam wishlist 'brunch' anda.
Rasa Makanan
Bagi keseluruhan rasa makanan, sejujurnya, ia tidaklah begitu sedap, sekadar sedap. Bagi deria rasa penulis yang pernah menikmati hidangan yang sama. Namun, sup cendawan dan roti bawang putih agak padu rasanya.
Nasi Kerabu Background Sungai |
Staf dan sistem di Restoran Breakfast by The River agak teratur dan bersistematik. Masih mampu melayan pelanggan dengan baik. Cadangan penulis, waktu hujung minggu, datang awal.
Nasi Dagang View Depan Sungai |
Perihal Harga Makanan
Dari segi harga untuk makan pagi masih dalam kategori harga 'standar' masa kini. Dengan harga satu set hidangan masih di bawah RM10. Dengan 'caj' suasana dan permandangan harga sebegini masih boleh dikatakan berpatutan.
Harga Menu Sarapan |
Agak berpatutan harganya dari segi purata, namun, jika anda ketat dengan perbelanjaan harian, mungkin restoran ini lebih kepada anda mengidam makan di tepi sungai.
Suasana Terbaik
Apa yang terbaik adalah suasananya, dengan makanan yang rasa yang agak biasa permandangan yang ada menjadi penambah selera anda. Sekali sekala dengan hembusan angin sepoi meniup daunan pokok buluh dengan kerlipan pencaran matahari pantulan dari air deras Sungai Perak.
Healing Tepi Sungai |
Suasana memang 'A'. Apalagi dengan makan di bawah teduhan pokok dengan menghadap sungai di hadapan, makanan yang biasa pun boleh jadi sedap sehingga tidak sedar sudah habis di depan mata.
Makan Bawah Pokok Hadap Sungai |
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Boleh gunakan Waze dan Google Maps sebagai bantuan carian, namun, ia agak terhad apabila menghampiri 400m ke restoran ini. Ikut lorong dari bantuan aplikasi tadi, jumpa sahaja sebuah pusat tahfiz, ambil lorong pertama disebelah kiri dan terus habiskan lorong sempit tersebut.
Breakfast by The River Restaurant,
Batu 29,
33000 Kuala Kangsar,
Perak
Harga Makanan
Nasi Dagang Ikan : RM9.00
Nasi Kerabu Ayam Goreng : RM7.00
Garlic Bread with Mushroom Soup : RM6.50
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat, beroperasi dari 10 a.m hingga 9 p.m
Fasiliti/Kemudahan
Tandas Awam
Kerusi baby
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Pay
Debit Card
0 Ulasan