Ad Code

Lunch Dengan Craving (Unlimited Refillable) Set Di Banana Bro Cyberjaya

Makan di kedai mamak adalah satu kebiasaan di Malaysia. Sejujurnya penulis bukanlah peminat makan di kedai mamak atas beberapa faktor yang tersurat dan tersirat. Sekadar teh tarik dan beberapa keping roti canai itu biasa jika lepak.

Set Lunch Craving Banana Bro Cyberjaya
Set Lunch Craving Banana Bro Cyberjaya


Namun (dibaca dengung), penulis ada mencuba satu kedai mamak yang terletak di dalam sebuah shopping complex di Cyberjaya, ini pun kerana kedai Chicken Rice Shop (tempat biasa penulis dan famili makan jika berada di 'mall') tiada tempat untuk diduduki untuk menikmati hidangan.


Penemuan Restoran Banana Bro Di Cyberjaya

Sebuah kedai ala mamak ini dinamakan 'BananaBro'. Pada awalnya penulis cuba meneka bahawa kedai ini menyediakan hidangan pisang sebagai menu utama, seperti pisang goreng cheese, sira pisang, air susu pisang namun tekaan penulis agak 'pishang' kerana ia adalah kedai nasi dengan kari pelbagai dengan lauk pauk garing bergoreng.

Banana Bro Dpulze Cyberjaya
Banana Bro Dpulze Cyberjaya


Selesai penulis melabuhkan punggung di satu penjuru Restoran BananaBro Cyberjaya ini, penulis diberikan satu pensel dan borang pesanan makanan bersama dua lampir menu yang keras dan boleh dijadikan kipas lipas.

Agak kekok pada awalnya memandangkan kali pertama mencuba makanan di BananaBro ini. Agak terpinga-pinga untuk membuat pesanan, sedikit bantuan pekerja yang berpakaian hijau barulah penulis menerima 'hidayah' (bukan nama awek) untuk memesan.

Pesan Craving Set Boleh 'Refill' Makanan

Terdapat satu set makanan dinamakan 'Craving Refillable' dengan kata lain, lapar ke ? bolehlah tambah lagi. Set ini agak mengelirukan sedikit untuk penulis, datang dengan lauk atau tidak.

Set Craving Banana Bro
Set Craving Banana Bro


Penulis membuat pesanan Craving Refillable Set yang hanya bermula jam 11 pagi ini dengan penambahan lauk ayam goreng yang diberikan nama 'Mum's Fried Chicken'.

Daun Pisang Sebagai 'Pinggan'

Dalam beberapa minit, seorang pekerja menghamparkan sekeping daun pisang original di hadapan penulis. Ok, baharu tahu kenapa kedai ini dinamakan BananaBro. Hanya daun pisang bro tiada.

Pekerja akan mencedukkan nasi ke atas daun pisang tersebut, dengan porsi main letaknya, sehingga penulis memberikan isyarat untuk berhenti ceduk. Sayuran seperti peria (timun sebenarnya) celup tepung juga diletakkan seumpama 'unlimited' sehingga penulis berhenti. 

Sayuran Nasi Kandar
Sayuran Nasi Kandar


Beberapa ceduk sayuran sejuk seperti timun dipotong dadu sebagai peneman sayuran.

Pelbagai Jenis Kuah Nasi Kandar

Didatangkan pula dengan satu alat seumpama gelas besi yang dicantum menjadi satu alat tempat meletak pelbagai kuah. Kuah kari ayam, kuah kari ikan, kuah dal dan kuah resam (ini betul atau tidak kurang pasti) dijadikan pilihan.

Empat Pilihan Kuah Nasi Kandar
Empat Pilihan Kuah Nasi Kandar


 Penulis mencampurkan semua kuah ini memandangkan ala nasi kandar sudah di depan mata.Jangan lupa papadom dua keping bersaiz dua tapak tangan diberikan juga.

Tambahan Makanan Tanpa Had (Unlimited)

Bagi Craving Refillable Set Banana Bro ini seumapama versi data internet 'unlimited'. Ambil sahaja berapa banyak porsi yang diinginkan untuk nasi, sayuran dan kuah sahaja. Lauk bukan dalam porsi 'unlimited', penambahan bayaran akan dikenakan.

Boleh Refill Unlimited
Boleh Refill Unlimited

Apa yang anda lihat pada gambar di atas akan ditambah secara percuma dan tanpa had jika anda inginkannya begitu. Bagi penulis jika anda betul betul lapar memang kena dengan hidangan ini.

Rasa Makanan Dalam Craving Set Banana Bro

Dari segi rasa tidaklah begitu unik dan sekadar boleh tahan sahaja semuanya. Dari kuah dan nasi tidaklah se'surrr' yang boleh dibanggakan.Nasi lembik (bayi suka), kuah dalam rasa 

biasa, timun (dibaca peria) celup tepung ranggup, sayur sejuk dari peti ais. Papadom ranggup dan masih ada bau dhal.

Ayam Goreng

Ayam goreng bersaiz cincang yang dinamakan 'Mum's Fried Chicken' agak sedap. Tapi masih agak biasa, ayam garing, dengan warna jingga kemerahan dan kunyit serta garam secukupnya.

Mum's Fried Chicken
Mum's Fried Chicken


Namun (dibaca empat harakat), untuk menghilangkan rasa lapar ia memadai. Memandangkan porsi yang banyak, apalagi boleh ditambah (kecuali lauk). Penulis sarankan jika datang berdua, bertiga termasuk anak kecil, pesan satu sahaja set Craving Refillable.

Berbaloikah Dengan Harga ?

Jika dibandingkan harga dan rasa, ia agak tidak berapa memberikan nilai tambah kepada pengalaman makan nasi kandar disini. Dengan satu set Craving (tanpa lauk) berharga RM12.90. 

Dengan penambahan RM7.90 untuk semangkuk ayam goreng potongan kecil, tidak vegitu sesuai untuk makanan harian. Penulis berjaya berbelanja menghampiri RM50 untuk dua set Craving, satu lauk dan satu air minuman, teh o ais limau.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Banana Bro terletak di dalam D'Pulze Mall Cyberjaya berada di Lower Ground. Sebuah kedai makan paling hujung sekali, kanan jika dilihat dari depan mall

BananaBro D'Pulze Cyberjaya,

Persiaran Multimedia, 

Cyberjaya, 

63000 Cyberjaya, 

Selangor


Harga Makanan

Craving Refillable Set : RM12.90/Set

Mum's Fried Chicken : RM7.90

Teh O Ais Limau : RM4.50

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari 10 a.m hingga 9 p.m

Fasiliti/Kemudahan

Tandas Awam

Kerusi baby

Cara Bayaran

Tunai

DuitNow QR Pay

Debit Card


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Berbaloi2 Craving Refillable Set unlimited refill tu waduhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau memang tengah lapar dan minat kuah mamak..ini terbaik

      Padam
  2. Review yang diselt lawak tu...menyebakan asaya terhibur membacanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh...sekadar melempiaskan apa yang ada dalam minda saja tuan...

      Padam