Dibalut dengan daun kelapa dengan adunan ikan dan beberapa jenis bahan masakan lain seperti isi kelapa parut dan beberapa perisa.
Satar Ikan Marang Terengganu |
Dibakar pada api yang sedang sedang sehingga meninggalkan kesan terbakar pada daun kelapa pada luaran. Itulah satar, satar asli yang tidak boleh digantikan dengan satar sejuk beku (frozen) yang menggunakan kulit popia menggantikan daun kelapa.
Sukar mahu mendapatkan satar asli di belah pantai barat, jika adapun tidak sama dengan kawasan asalnya iaitu belah semenanjung Pantai Timur Malaysia.
Beli Satar Ikan Asli Di Marang Terengganu
Dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang, penulis terdetik untuk melalui Jalan Pantai sekitar negeri Terengganu. Tiba pula di Pantai Kelulut, Marang ketika matahari sudah berada pada kedudukan waktu snek makan petang.
Satar Ikan Dalam Plastik |
Deretan kedai makan di tepi Pantai Kelulut Terengganu seumpama memanggil penulis untuk singgah sebentar. Apalagi kelihatan asap putih lembut keluar dari salah satu kedai makan disitu.
Satar Ikan Warung Ryzqi Corner Marang
Oleh kerana kedai makan yang diberikan nama Warung Ryzqi Corner ini terletak paling hadapan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, tambahan pula dengan asap dari bakaran berjaya memberikan isyarat s.o.s untuk penulis berhenti.
Kedai Satar Pantai Kelulut Marang |
Penulis memilih untuk singgah membeli satar di warung ini. Warung ini juga ada masakan dan makanan lain seperti pelbagai celup tepung dan masakan panas. Lagipun terdapat pohoh rhu yang teduh diantara pantai dengan warung ini memungkinkan untuk penulis berhenti.
Maka kecur liur untuk mendapatkan satar ikan sebagai snek petang hari.Sebagaimana yang pernah disaksikan fizikal satar asli dengan balutan daun kelapa penulis membuat pembelian disebuah kedai. Penulis meminta untuk membeli secucuk satar yang terisi enam biji satar.
Rasa Satar Ikan Pantai Kelulut Marang
Penulis mula membuka balutan yang 'agak ranggup' tersebut, dengan semenanya keluar aroma satar dengan baunya ikan dan kerisik kelapa. Penulis mula menikmati satar tersebut, ternyata ia masih memiliki rasa satar yang pernah penulis rasa.
Tekstur Satar Ikan Terengganu |
Masuk sahaja ke dalam mulut dan berkolaborasi dengan air liur walaupun luarnya agak ranggup kesan bara tetapi dalamnya cukup lembut sehingg ia mula hancur sendiri di dalam mulut.Cukup sedap dengan rasa ikan dan isi kelapa berpadu bersatu dalam bentuk makanan yang memuaskan rasa.
Harga Standard Satar Ikan Pantai Kelulut
Dari segi harga, dari pertanyaan dan pemerhatian penulis harga disini semua dalam 'standard' harga yang sama iaitu secucuk RM3.50. Namun, mungkin rezeki penulis dan keluarga pada hari terebut penulis berjaya diberikan harga RM2 secucuk, alahamdulillah.
Secara puratanya (ketika artikel ini ditaip) harga untuk secucuk satar ikan dengan 5-6 biji pada satu cucuk berharga sekitar RM2.50 - RM3.50. Harga yang cukup murah dengan rasa yang sedap sukar untuk diperoleh di mana-mana kawasan lain.
Ranggup diluar dan lembut didalam, apalagi rasa rempah yang tidak lekang dengan aroma baunya.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Berada di antara Pantai Rhu Lima dengan Pantai Semarak, di deretan kedai makan tepi pantai dengan 'banner' pada kedai tertea Warung Ryzqi Corner. Carian di Google Maps gagal namanya keluar
Warung Ryzqi Corner,
Kampung Ru Lima,
21600 Marang,
Terengganu
Satar Ikan (Secucuk) : RM3
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (tidak pasti)
Fasiliti/Kemudahan
Tandas Awam
Kerusi baby
Cara Bayaran
Tunai
0 Ulasan