Ad Code

Roti Naan Cheese Kari Kambing dan Ayam Tandoori Warung Selekoh Telok Panglima Garang

Dengan roti adunan dan gentelan sendiri dengan menampalkan ke dalam pasu besar dari tanah liat sehingga roti yang bewarna putih gebu tadi berubah warna kepada warna seakan kuning cair dengan terdapat beberapa tompokan hangus beberapa tempat kepingan itulah roti nan.

Naan Cheese Warung Selekoh Telok Panglima Garang
Naan Cheese Warung Selekoh Telok Panglima Garang


Secara tipikal dan biasanya kalau bercerita mengenai roti nan pastinya akan menjadikan bayangan kedai mamak sebagai tempat untuk menikmati hidangan ini.


Roti Naan Cheese Kedai Melayu

Sejak dua menjak berada di kawasan 'malay reserved' dengan penduduknya ramai melayu maka retorik roti nan hanya ada di kedai mamak itu sudah tidak boleh dipakai.

Set Naan Cheese Warung Selekoh
Set Naan Cheese Warung Selekoh


Di Telok Panglima Garang kalau ada yang ingin menikmati roti nan dengan kuah kari bukan kuah laksa boleh mengunjungi satu kedai muslim melayu yang dinamakan Warung Selekoh Telok Panglima Garang.

'Signature' atau benda yang spesial di warung ini adalah roti nan. Dimakan dengan beberapa jenis kuahnya termasuklah kuah kambing yang juga diisi dengan beberapa ketul isi kambing. 

Kuah Kari Kambing
Kuah Kari Kambing


Bagi yang kurang gemarkan bau hamis kambing pada kuah kari, pilih sahaja kuah biasa iaitu kuah daging lembu.

Roti Naan Cheese Warung Selekoh

Roti nan biasa terlalu biasa untuk dicuba. Apa kata alang-alang sudah berada di Warung Selekoh Telok Panglima Garang ini mencuba roti nan dengan keju atau 'cheese' di dalamnya.

Sekeping Roti Nan Keju
Sekeping Roti Nan Keju


Setiap kali berkunjung dan ingin merasakan roti nak pasti penulis akan memesan roti nan cheese dengan kuah kari kambing.

Cheese Semangkuk Dalam Roti Naan

Roti nannya cukup lembut apalagi dengan kehadiran 'cheese' yang agak banyak, dikhabarkan oleh pembuatnya semangkuk kecil kuah keju racik halus digunakan sebagai inti dalam roti nan mereka.

Kaya Dengan Cheese Dalam Nan
Kaya Dengan Cheese Dalam Nan


Selain kelembutan yang boleh dipuji apalagi bila dinikmati ketika masih panas rasanya juga boleh tahan. Dengan rasa keju yang masin sedikit dicecah pula ke dalam kuah kari pekat pastinya menerbitkan sensasi roti nan yang diingini walaupun di kedai makan melayu. 

Kepitkan daging kambing dengan roti nan cheese tadi lagi memberikan kepuasan apabila bertemu enzim amylase di dalam mulut.

Ayam Tandoori Roti Naan Cheese

Pasangan yang cukup ideal untuk roti nan cheese adalah ayam tandoori. Ayam yang bewarna merah yang biasa dilihat tergantung di kedai mamak.

Ayam Tandoori Nan Cheese
Ayam Tandoori Nan Cheese


Mengapa penulis tidak berapa mengesyorkan untuk roti nan cheese Warung Selekoh ini dengan lauk ayam tandoori adalah kerana pada hari penulis mencubanya, tidak pasti ada tumpahan garam atau perasa masin tanpa disedari masuk ke dalam perapan ayam atau sememangya adunan resepi perapan ayam tandoori mereka memang begitu.

 Jadi, kemasinan dari keju pada nan dan kemasinan pada ayam tandoori tidak berapa dipersetujui oleh deria rasa penulis apabila bergabung di dalam mulut.

Cukuplah sekadar roti nan cheese dengan kuah kari kambing sudah memadai untuk penulis.

Tahan Dari Pagi Hingga Petang

Selain dari kelembutan pada roti nan mereka, ketahanan roti nan mereka boleh dipuji. Pernah penulis bungkus atau tapau roti nan cheese Warung Selekoh untuk di bawa pulang. 

Roti Nan Cheese Lembut
Roti Nan Cheese Lembut 


Beli pada paginya, pada petang hari ia masih berkeadaan sama melainkan hilangnya rasa panas. Masih segar dan cheesenya masih elok.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Berada di selekoh persimpangan antara Jalan Merpati dan Jalan Nuri Telok Panglima Garang. Google Maps dan Waze mampu membawa anda ke sini.

Warung Selekoh Jalan Merpati

Jalan Merpati, 

Kampung Batu 10 Kebun Baru, 

42500 Telok Panglima Garang, 

Selangor


Harga Makanan


Roti Nan Cheese (Keju) : RM10

ROti Nan Biasa : RM5

Kari Kambing (Kuah) : RM9

Ayam Tandoori : RM6

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.Setiap Sabtu dan Ahad dari jam 7.45 a.m sehingga 12.30 p.m.Hari selain hujung minggu ditutup pada jam 1.45 p.m.

Fasiliti/Kemudahan

Tandas Awam

Kerusi baby

Cara Bayaran

Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

Bank transfer

Perkhidmatan Hantaran (Delivery)

Foodpanda

Grabfood

Shopeefood

Bekal


Catat Ulasan

0 Ulasan