Dalam panggang (grilled) apa yang paling penting adalah perapan. Selembut, sebaik mana pun daging anda (melainkan daging jenis wagyu) perapan mainkan peranan dalam kesedapan daging lembu, daging kambing atau apa apa jenis daging yang ingin dipanggang.
Resepi Pes Perapan Sos Lada Hitam Homemade Mudah |
Dari pengalaman penulis mencuba hidangan panggang di kedai makan atau restoran makanan barat (western food), kelainan atau keunikan untuk satu satu kedai western food adalah perapannya.
Menikmati Hidangan 'Grilled' Versi Homemade Di Rumah
Bagi penulis, penulis lebih gemar untuk menikmati grilled dan bakaran dirumah. Lebih bebas, dari menghidupkan api dengan arang, atau menggunakan kuali teppan sendiri yang agak lebih ekonomi.
Steamboat and BBQ Grilled Ingredient Set Up |
Daging lembu, daging kambing atau daging ayam boleh sahaja kita dapatkan di pasaraya ataupun kedai runcit.
Apa yang diperlukan sedikit adalah bahan dan cara perapan versi buatan sendiri (homemade).
Banyak sahaja resipi perapan untuk grill sendiri yang ada mengikut citarasa dan limitasi serta bajet untuk membuat sos perapan.
Resepi Sos Perapan Lada Hitam Ringkas dan Cepat
Kali ini penulis akan berkongsi resepi sos perapan lada hitam (black pepper sauce) versi homemade hasil dari air tangan isteri penulis sendiri. Dengan bahan yang agak terbatas (limited).
Bahan - Bahan Diperlukan
Bahan Bahan Perapan Sos Lada Htam
1. Bawang Putih
2. Serai
3. Lada Hitam (biji)
4. Serbuk Kunyit
5. Garam
6. Gula
7. Sos Tiram
Cara Penyediaan
1. Cukup-cukup mudah dan ringkas. Semua bahan dari 1-6 di atas dikisar menggunakan 'blender'. Kisar dengan sedikit air, kapasiti air mengikut kepekatan yang diingini.
Kisar Semua Bahan Perapan |
2. Apabila sudah betul betul mengikut kepekatan yang diingini ketika dikisar. Masukkan sos tiram sedikit dan terus buat gaulan yang mesra sesama mereka. Warna sedikit gelap akan terhasil.
Tambah Sos Tiram Dalam Pes |
Pes Sos Campur Sos Tiram |
3. Apabila semuanya sudah bersatu, lumurkan pada daging lembu, daging kambing, daging ayam atau sebagainya.
Daging Diperap Sos Lada Hitam |
Daging Ayam Diperap Sos Lada Hitam |
4. Sedia untuk dipanggang dengan bergayanya.
Rasa Hasil Perapan Pada Daging Lembu, Daging Ayam
Dari segi rasa, aura lada hitam itu kehangatan 'pedas'nya agak terasa. Jika dilakukan aktiviti tutup mata dan rasa sos ini versi 'variety show' terus boleh agak ianya adalah sos lada hitam.
Daging Lembu Lada Hitam Grill |
Setelah dibakar daging dengan perapan ini, rasa manis berjus dengan aroma serai datang bertandang dari dua laluan mulut dan hidung terus ke deria rasa.
Bahan Mudah Diperoleh Dari Runcitan
Bahan-bahan yang penulis sertakan di atas, insha Allah akan mudah diperolehi. Mungkin tidaklah sesedap perapan seribu tahun masa perapan atau mana-mana pengusaha keda makan panggang memanggang.
Namun, jika dalam keadaan yang 'limited' bahan dan ingin cepat inilah contohnya.
Selamat mencuba!
4 Ulasan
lebih lama perap lg meresap...sdap tu bbq grill kt umah...puas mkn
BalasPadammakin lama kita marinate..lagi bersatu bergabung meletup daging yang ingin di grill..tapi resepi di atas penulis kongsi untuk yang mahukan perapan versi urgent hehe
PadamSetujuuu, semua itu tergantung dari saus marinasi yg dipakai👍. Makin lama di perap, rasanya juga makin meresap.
BalasPadamSaya pun kalo sedang nak hemat, bikin grill begini di rumah saja. Tinggal beli bahan2 yang dibutuhkan. Malah lebih sedap dan banyak 😄👍
jika kurang masa dan kurang bahannya..boleh cuba resepi pes perapan di atas...bikin dirumah lagi puas makan..unlimited selain dari menjimatkan uang kita hehe
Padam