Kalau berada di kawasan Lembah Klang walaupun anda memiliki selera nasi kerabu atau nasi dagang, nasi lemak akan diwajibkan untuk menjadi pilihan.
Nasi Lemak Sambal Paru Aeman Corner |
Nasi lemak adalah sarapan pagi yang banyak dan mudah diperolehi berbanding menu nasi lain untuk sarapan pagi, kecuali ada satu nasi percuma yang boleh anda nikmati, nasihat.
Banyak Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan
Di Telok Panglima Garang Banting, misalnya, setiap lorong dan jalan besar atau kecil akan terdapat kedai atau 'portable' warung yang menjual nasi lemak, yang membezakan adalah kesedapan, harga dan 'originality' nasi lemak yang dijual.
Penulis jika terasa tiba tiba ingin mencuba makan pagi di kedai sebagai ambil angin atau melatih bebola mata penulis, anak dan isteri melihat alam semulajadi akan berkunjung ke satu kedai makan ini.
Nasi Lemak Paru Aieman Corner Telok Panglima Garang
Kedai makan dalam rimbunan kelapa sawit dengan jalan raya yang medium sibuknya ini dinamakan Aieman Corner. Kedai makan ini sentiasa dipenuhi pelanggan untuk sarpan pagi sahaja, setakat ini. Kedudukannya di tepi jalan yang agak strategik antara faktor ramai yang akan singgah.
Kedai Makan Aeman Corner |
Antara menu sarapan pagi yang ada dan biasa diletakkan dalam menu adalah;
1. Nasi Lemak (pelbagai jenis lauk)
2. Roti Canai (mungkin ada mungkin tiada)
3. Soto dan Lontong
4. Mi Kari
5. Hidangan alas perut (mi, bihun, kuetiau goreng)
5. Kuih Muih
Kali ini penulis ingin mencuba nasi lemak dengan lauk sambal paru goreng. Memandangkan bila datang dalam pukul 10 pagi hingga 11 pagi ia sudah boleh dikategorikan sebagai 'brunch' (breackfast cum with lunch).
Porsi Bahan Dalam Nasi Lemak Sambal Paru
Nasi lemak dengan lauk sambal paru di kedai ini datang dalam satu pinggan yang boleh memberikan kenangan ketika penulis berjaya diterima menjamu hidangan rancangan makanan tambahan (rmt) ketika di sekolah rendah dahulu. Pinggan plastik merah yang ringkas.
Nasi Lemak Sambal Paru |
Nasi bewarna putih dalam porsi semangkuk yang ditekap pada dasar pinggan. Lauk paru yang bewarna hitam dalam bentuk jejari dicurahkan dengan sambal asing yang bewarna merah. Satu belahan telur rebus sebagai lauk sampingan. Kelihatan hirisan halus timun sebagai hiasan.
Tidak wujud nama nasi lemak jika tiada kelihatan ikan bilis, dalam pinggan ini kelihatan dua cubit ikan bilis yang agak garing.
Nasi Dengan Santan
Nasinya masih dalam kategori nasi lemak memandangkan ada sedikit rasa santan. Bukan sekadar nasi putih yang ditanak biasa. Memang ia nasi lemak. Namun, tidak 100% nasi lemak kerana untuk menjadi nasi lemak yang tulen pasti ada daun pandan bersama.
Nasi Lemak Putih |
Teksturnya agak keras sedikit mungkin faktor air atau beras tempatan yang digunakan berbanding beras import seperti beras siam. Jika lebihkan sedikit air lagi lembut teksturnya nasi lemak lagi sedap dikunyah.
Sambal Paru Garing
Apa yang membezakan variasi rasa dalam nasi lemak adalah lauknya. Nasi memang secara objektifnya perlu ditanak dengan santan bersama daun pandan, lauk memberikan impak sebenanrnya. Dalam menu kali ini penulis ingin mencuba sambal parunya.
Lauk Paru Nasi Lemak |
Garing. Itulah impresi gigitan pertama penulis boleh gambarkan. Jika dilihat pada luaran juga nampak garingnya dengan warna hirisan paru kehitaman. Bagi hidung penulis jika lauk paru penulis dapat menghidu satu bau unik pada paru. Bagi paru ini bau unik tersebut seakan bayangan semata kerana kegaringannya. Lebih kurang menghampiri istilah 'hangit'.
Walaupun sambal paru namun, ia tinggal berasingan. Sejujurnya ia bukan sambal paru, ia adalah paru goreng tambah sambal. Gaulkan sahaja paru yang garing dengan sambal ini akan menerbitkan rasa manis di awal dan pedas di akhir.
Sambal ini bermula dengan rasa manis dan apabila ingin melepasi bahagian tonsil sensasi pedas mula terasa. Mulanya ingin disuap kepada anak kecil, namun, ia bukan satu cadangan yang agak baik.
Ikan Bilis Goreng Garing
Satu lagi porsi yang penulis ingin titik beratkan adalah ikan bilis goreng. Di zaman digital web3 ini kehilangan ikan bilis dalam nasi lemak agak meruncing, namun, alhamdulillah dalam hidangan nasi lemak ini masih ada ikan bilis goreng.
Ikan Bilis Garing |
Kering, garing, ranggup dan masin. Gabungan tekstur rasa ini bersatu dalam ikan bilis goreng ini. Lebih kepada pelengkap untuk satu sensasi ranggup menggantikan kacang tanah goreng kilas yang hilang.
Telur Rebus Separuh
Kewujudan separuh telur rebus sedikit memberikan senyum di wajah penulis kerana ia masih boleh diwujudkan dalam satu pinggan nasi lemak moden. Lembut licin putih telurnya dan berhabuk melekat telur kuningnya cukup masak.
Telur Rebus Separuh Nasi Lemak |
Ulasan Penulis
Apabila beberapa elemen ini digabungkan untuk satu suapan, apalagi digaul rata, inilah cara betul rasanya untuk menikmati nasi lemak iaitu dengan gaul mesra sekata, pelbagai rasa mula terbentuk dalam mulut.
Aroma salai, ranggup, krup krap, manis, dengan dilengkapi rasa pedas pada akhirnya hadir.
Tidak begitu 'friendly' pada kanak-kanak kerana kepedasannya dan juga kurang mesra dengan mereka yang baharu sahaja sembuh dari kesakitan gigi kerana 'kegaringan' beberapa bahan dalam nasi lemak.
Penilaian : 3/5
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Dalam rimbunan pohon kelapa sawit terletak di tepi Jalan Rajawali, di antara simpang Jalan Siantan dan Jalan Merpati Telok Panglima Garang Banting.
Aeman Corner,
Jalan Rajawali,
Kampung Kebun Baru, 42600
Telok Panglima Garang, Selangor
Nasi Lemak Sambal Paru : RM6
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Kod
Bank transfer
2 Ulasan
antara menu yang cukup menyelerakan saya
BalasPadamnasi lemak paru buat alas perut pagi pagi atau brunch sangat memberikan kepuasan...
Padam