Nasi ayam adalah satu menu yang agak mudah dan ringkas. Sentiasa hadir dalam bentuk set dan pastinya bagi yang biasa makan terus terbayangkan kewujudan bahan yang selalu ada dalam satu set nasi ayam.
Nasi Ayam Special Suliana Cafe |
Ayam panggang bewarna jingga kehitaman, nasi bewarna kuning dengan aroma, sup yang berkeladak kuning dengan hirisan daun bawang, sambal lada merah dan sos kicap. Ini adalah tipikal bahan dalam satu set nasi ayam.
Nasi Ayam Versi Hybrid
Kadang kadang 'taste bud' kita akan cuba mencari sedikit kelainan atau inovasi dalam selera. Oleh hal ini, penulis berjaya untuk mencuba satu set nasi ayam yang agak bukan tipikal nasi ayam yang pernah penulis nikmati.
Kedai Nasi Ayam Suliana Cafe
Terdapat satu kedai makan di Jalan Kebun Klang (mungkin Shah Alam) yang ada menyediakan nasi ayam yang agak berinovasi. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis hidangan menu makanan.
Suliana Cafe Jalan Kebun |
Namun, (dikuatkan) yang agak utama dalam senarai menunya adalah nasi ayam.
Kedai makan ini dinamakan Suliana Cafe Jalan Kebun Shah Alam (mungkin Klang, kawasan ini agak mengelirukan)
Kedainya adalah sebuah kedai makan yang kekal. Agak redup dan nyaman kerana terletak dalam kawasan kampung dan perumahan yang dilitupi dengan pokok rendang yang agak banyak. Apalagi ruangan yang luas dan dilengkapi juga dengan satu lanskap kolam sebagai penyegar mata.
Nasi Ayam Special
Dari deretan menu pada senarai menu yang diberikan kepada penulis, nasi ayam penyet menjadi pilihan penulis. Penulis membayangkan bahawa penulis akan menerima hidangan biasa nasi ayam penyet yang selalu penulis nikmati.
Set Nasi Ayam Special |
Dengan ayam goreng garing yang dipenyetkan (hempuk) dengan nasi putih, sambal lada tomato dan sayuran kobis, timun yang tebal dan keras.
Merasakan penulis sudah lari dari saluran (channel) iaitu pada asalnya ini mencuba nasi ayam tipikal penulis sekadar meredainya.
Namun (dibaca nada lembut), apabila hidangan ini sampai kepada penulis, penulis mula agak hairan sedikit memandangkan telahan penulis tadi agak meleset.
Apa yang ada didepan mata penulis adalah satu hidangan yang boleh dikatakan hibrid. Dua gabungan menu berlainan dalam konteks yang sama, nasi ayam dan nasi ayam penyet.
Apa yang Ada Pada Set Nasi Ayam Special ?
Apa tidaknya, nasi dengan prosi semangkuk beraroma harum dengan wap dipadankan dengan ayam goreng garing pucat kekuningan yang telah dihempuk sehingga terpenyet berada di depan mata. Dengan sampingan ulaman timun di dalam satu pinggan.
Ditemani dengan sup kosong yang 'keladak'nya adalah bawang goreng tenggelam dengan hiasan hijau daun bawang dan kucai. Sebagai perasa tambahan sambal merah dari lada yang agak pekat dengan ditemani sos kicap dalam piring kecil.
Inilah apa yang ada pada set nasi ayam penyet yang penulis pesan.
Nasi Beraroma dan Kekuningan
Nasi |
Dari segi rasa nasinya memang memiliki rasa, anak penulis yang hampir berusia dua tahun boleh makan begitu sahaja tanpa sebarang semburan keluar. Dengan warna kekuningan tipikal warna nasi dalam nasi ayam, terdapat aroma bauan yang enak padanya.
Teksturnya juga tidak begitu keras dan tidak begitu lembik secukup tekstur.Namun, porsinya tidaklah banyak dengan sukatan acuan mangkuk yang sering kita temui untuk 'dome' nasi ayam.
Ayam Goreng Garing Dipenyetkan
Ayamnya pula datang dari bahagian paha yang dipotong lapan. Jelas nyata ia sudah ditekan, dihempuk atau dipenyet yang menyebabkan penulis keliru lauk nasi ayam ini.
Ayam Penyet Goreng Garing |
Cukup garing luarannya, apalagi ketika panas lebih menjadi. Isi bahagian paha ada uniknya, walaupun ia isi namun ia tidak berdebu seperti bahagian dada. Maka, walaupun luarannya garing ia tetap berjus dan lembut.
Jika dimakan ratah ia agak tidak berperisa sangat sekadar ayam yang digoreng. Setelah dipadankan dengan nasi ayam tadi yang berperisa ringan cukup lengkap.
Nasi yang tekstur lembut dengan ayam garing. Kena!
Sambal Lada Keropok Lekor
Gabungan ayam dan nasi masih belum membuka pintu masuk kesedapan pada hidangan ini. Masih memerlukan sedikit lagi tambahan perasa. Dalam kes ini, sambal lada yang merah pucat menjadi penyelamat.
Sambal Lada Kicap Nasi Ayam |
Agak tebal dari segi rasa walaupun tidaklah semerah darah. Namun, sekali cuba menyebabkan penulis berjaya membandingkan dengan sos pencecah keropok lekor. Mulanya manis dan beberapa ketika bercampur dengan bendalir dalam mulut akan terbitnya rasa pedas. Tidaklah begitu pedas namun ada pedasnya.
Kicap Sebagai Pelengkap Rasa
Bagi melengkapkan lagi rasa lemak, masin dan baunya kicap. Letakkanlah kicap yang disediakan. Kicap ini tidaklah begitu 'bold' rasanya. Tiada sebarang keunikan padanya.
Sup Kosong Beraroma
Pertama sekali penulis mulakan dengan maaf untuk bahagian sup. Pada mulanya dihirup baunya mengembalikan sedikit nostalgia zaman kanak kanak. Bau bedak sejuk keras yang gambar nyonya rambut kerinting mula menerjah ke saraf hidung sehingga otak mula memberikan bau tersebut. Namun, masih berfungsi supnya untuk membantu perjalanan makanan tadi.
Tidaklah begitu kosong walaupun dalam kategori sup kosong ia masih memiliki bawang goreng yang sudah tenggelam di dalamnya. Daun bawang yang masih terapung dan bukan sekadar air jus ajinomoto (msg) semata-mata
Ulasan Penulis
Secara keseluruhan rasa, tekstur pada hidangan ini agak sedap. Apa yang pasti nasi ayam beraroma dengan ayam penyet goreng garing memang kena. Penulis tidak pasti adakah ini memang set nya yang betul atau tersilap adunan set.
Namun, sedap. Nasinya lembut dengan lauk ayam yang garing ditambah pula dengan sambal lada yang manis mulanya pedas kemudian dilengkapkan dengan kemasinan kicap.
Mungkin nilah kerana ia dinamakan nasi ayam special.
Dari segi harga ia sudah berjaya melepasi RM10 dengan harga set hidangan nasi ayam special Suliana Cafe RM12.50. Mungkin harga ini benar-benar special kerana ia umpama gabungan nasi ayam dan nasi ayam penyet.
Bagi penulis ia masih berpatutan, namun untuk harga sebegini bukanlah makanan harian.
Penulis boleh berikan penilaian : 4/5
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak di tengah perkampungan Jalan Kebun Klang. Tidak begitu sukar untuk sampai ke restoran memandangkan ia berada di tepi jalan. Carian melalui Waze atau Google Maps pasti berhasil.
Suliana Kafe
Jln Haji Taib,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam, Selangor
Dibuka setiap hari kecuali isnin minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.
Harga Makanan
Nasi Ayam Penyet : RM12.50/hidangan
Cara Bayaran
Tunai
Debit kad (pin atau paywave)
Bank transfer
4 Ulasan
Bagaimanalah sup yg beraroma bedak sejuk tu... hahaha... mst x memuaskan hati kan supnya?? fav sy nasi ayam hainan... suka yg chinese style
BalasPadamTidak pasti hidung penulis tengah khayal atau tidak...tapi bau pertama yang penulis bau adalah bau wangi seperti bedak tersebut..
Padamtapi nasi ayamnya sedap
biar harga agak keras janji sedap...lagipun kos untuk bisnes makanan sekarang ini bukan murah seperti dulu
BalasPadamSaya pun msh agak bingung baca yg bagian soup. Kurang terbayang aroma bedak sejuk yg dimaksud 🤣.
BalasPadamTapi untuk nasi ayamnya, okelah ya bang.. 😄. Apalagi bagian paha itu biasanya memang lebih juicy utk dibuat menu begini 👍