Sate adalah makanan yang agak popular di kalangan masyarakat kita. Malahan seluruh dunia ada sate namun dengan nama lain. Satu hidangan cucuk, cucuk dan dibakar di atas api yang membara.
Sate Marvelous XXL Jalan Kebun Shah Alam |
Sate Malaysia agak unik kerana cara perapan dan resepi perapan sate yang tersendiri.
Dalam satu set sate di Malaysia, ia terdiri dari pada sate (tidak kira daging lembu, ayam, arnab atau kambing serta makanan lain), kuah kacang, timun dan bawang merah.
Kebiasaannya inilah set untuk satu sate. Lebih lengkap dengan kehadiran nasi impit yang menjadikan sate sebagai lauk lebih mengenyangkan.
Sate Marvelous Jalan Kebun Shah Alam
Jalan Kebun Shah Alam memang terkenal dengan banyak kedai makan. Pertambahan penduduk yang agak drastik merancakkan kewujudan tempat makan di sekitar.
Pelbagai macam jenis makanan yang ada. Dari berat sehinggalah sebagai jajan.
Gerai Sate Marvelous Jalan Kebun |
Sate adalah salah satu menu hidangan yang boleh diperolehi di kawasan ini. Salah satu kedai sate yang penulis cuba adalah satu kedai sate yang agak 'portable' dan bukan didirikan sebagai restoran yang kekal.
Kurang pasti sebenarnya nama betulnya, namun, pada banner yang ada tertera nama kedai sebagai;
Sate Marvelous Jalan Kebun
Saiz Sate XXL
Dengan beberapa slogan yang membuatkan penulis ingin mencuba. Saiznya iaitu dalam kategori XXL dari saiz kebanyakkan saiz sate.
Jadi penulis memilih untuk memesan 10 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging dengan seketul nasi impit.
Sate Bersaiz XXL |
Dari segi saiznya memang betul apa yang ada pada banner yang dipamerkan. Agak besar sedikit berbanding saiz sate biasa. Satenya sudah kelihatan dalam potongan dadu dan tidak begitu penyet.
Sate Daging Ayam
Dalam satu cucuk diletakkan tiga hingga empat ketul daging ayam yang menyamai bentuk dadu dengan saiz yang agak besar jika dibandingkan dengan saiz sate yang biasa.
Sate Ayam Besar |
Dengan warna kuning keperangan warnanya setelah di baakar dengan haba dari pemanggang memberikan warna yang agak 'tempting' untuk dimakan.
Warna sebegitu juga datang dari hasil perapan dan celupan dalam perapan sebelum dibakar.Isi ayam di selang selikan dengan lemak. Lemak yang terbakar memang padu rasanya.
Dari segi tekstur. Ia cukup lembut dan mudah bercerai walaupun kelihatan agak pejal dengan saiz sebegitu. Jika dipenyetkan dengan jari pun ia sudah terungkai sepeti bebenang.
Agak lembut dan tidak memerlukan sebarang kunyahan yang banyak ketika di makan. Apalagi jus perapan pasti akan mudah menyerap ke dalam daging ayam jika teksturnya memang lembut.
Dari segi rasanya pula. Lebih kepada rasa perapan yang digunakan. Pada awal kunyahan penulis merasakan satu sensasi manis apabila mula dimakan. Bau dan rasa serai cukup kuat, kehadiaran jaluran serai yang halus juga kelihatan.
Dalam perapan ini, serai agak dominan namun dibatasi oleh rasa manis.
Sate Daging Lembu
Sejujurnya penulis membuat belian untuk sate dagingnya dalam kuantiti yang agak sedikit. Bimbang jika ia boleh menyebabkan penulis memerlukan pengcungkil gigi yang banyak nanti.
Sate Daging Lembu Besar |
Ternyata itu semua dusta. Walaupun kelihatan agak keras dan pejal teksturnya cukup lembut dan senang dikunyah. Malahan bayi pun boleh membuat kunyahan tanpa memikirkannya adalah gula-gula getah. Sungguh lembut untuk daging lembu dibuat sate.
Rasanya tidak banyak lari dari sate ayam, perapannya masih sama. Serai masih lagi menjadi dominan dalam rasanya. Namun, rasa manis pada perapan memberikan penulis satu nikmat ingin terus mencuba cucukan sate seterusnya.
Kuah Kacang Sate
Jika dihidup sebelum dicuba, terdapat satu bau yang agak wangi, gagal penulis ketahui apakah hasil yang menyebabkan ia berbau harum sebegitu.
Kuah kacangnya agak cari namun apabila membuat kautan atau cecahan dengan sate masih melekat kuah kacangnya, yakni ia cair sedang sedang.
Kacang yang ada di dalam kuahnya juga tidak hancur sepenuhnya, masih kelihatan 'serdak' kacang tanah.
Apabila mula masuk ke dalam mulut, masih bermula dengan rasa manis dan apabila kuahnya mula ingin meninggalkan mulut, aura kepedasan mula terasa.
Memang ada rasa pedas, bukan pedas sekadar pedas rempah yang digunakan, namun pedas lada.
Harga Hidangan yang Dibeli
Dari segi harga ia masih lagi berpatutan memandangkan dengan saiznya yang agak besar. Dengan sate ayam dinilaikan RM1.50 secucuk dan RM1.70 untuk sate daging. Penulis berjaya membayar sebanyak RM24.50 termasuk satu nasi impit.
Untuk 15 cucuk sate dengan harga sebegitu penulis mengandaikan ia masih berbaloi.
Pekerja Membakar Sate Marvelous |
Jika ingin dinikmati hari-hari mungkin bukan satu cara yang agak elok dibuat selalu di zaman menteri ekonomi yang agak lembab ini.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Kedai yang agak 'portable' bersebelahan dengan kedai makan Warung YDP yang terletak di antara Jalan Abdullah dan Jalan haji Shuoib Jalan Kebun Shah Alam.
Sate Marvelous,
3743, Jln Abdullah,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, bermula jam 4.30 p.m sehingga 11.30 p.m.
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Kod
Touch n Go Ewallet
Perkhidmatan Penghantaran
Foodpanda
Grabfood
4 Ulasan
dengan harga RM1.50-1.7 satu cucuk dan potion sate yg besar mmg berbaloi sgt.. sate dah le fav mama.. boleh cuba nanti ni
BalasPadamsate marvelous ni terkenal dengan saiznya...bolehlah cuba..kuah kacang pun padu...beli pulak nasi impit..puas
PadamMasih worth it lah harga dengan size besar macam tu 😍😍😍. Trakhir beli sate di gurney penang, tak seberapa sedap. Kering dan saya kacang manis sangat
BalasPadamTapi sate yg ini terlihat juicy, empuk dan memang sedap sepertinya 🤤. Nak coba kalo nanti kesana
memang juicy...tambahan juga aroma perapan asli..masih terbau bau serai...dagingnya juga besar besar...bolehlah cuba yang ini pula
Padam