Ad Code

Sarapan Pagi Bawah Jambatan Sultan Mahmud Di Adilroti Kuala Terengganu

Sejujurnya jika mencari sarapan pagi di Kuala Terengganu pasti akan mudah menemui kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan makanan yang lebih kepada "breakfast + lunch = brunch".

Sarapan Roti Goyang Adilroti Terengganu
Sarapan Roti Goyang Adilroti Terengganu

Dalam maksud biasa lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dagang, nasi berlauk, atau nasi kerabu.

Sarapan Pagi Ringan dan Ringkas Di Kuala Terengganu

Bagi yang kurang biasa makan sarapan pagi dengan makanan yang agak berat dan banyak portion nya pasti ingin mencari satu kedai makan yang menjual makanan yang ringkas di waktu pagi.

Mural Kartun Dinding Adilroti
Mural Kartun Dinding Adilroti

Jangan risau dan jangan khuatir, banyak sahaja kedai makan yang menyediakan makanan yang ringan dan ringkas untuk sarapan pagi di Kuala Terengganu, contohnya;

Adilroti Kuala Terengganu

Suasana/Persekitaran Restoran

Lebih kepada suasana warung makan pagi. Apalagi kedai makan ini terletak di tepi sungai dan di bawah jambatan. Tiang jambatan menjadi dinding kepada kedai ini.

Makan Bawah Jambatan Sultan Mahmud
Makan Bawah Jambatan Sultan Mahmud

Setiap masa akan kedengaran bunyi hasil dari kenderaan dari jambatan yang melanggar pembahagi jambatan. Gedegung...gedegung bunyinya.

Walaupun begitu suasana dan persekitaran agak tenang dan masih boleh berkomunikasi sesama sendiri.

Suasana Hujung Minggu
Suasana Hujung Minggu

Mural pada dinding menaikkan lagi aura Adilroti sebagai sebuah tempat makan ala street life

Menu Pilihan Restoran

 Roti Goyang Double Special Signature

Oleh sebab pada menu diletakkan sebagai 'signature' maka adalah patut untuk dicuba. Dalam kategori roti canai namun beberapa penambahan 'add-on' telah dilalukan kepada roti canai kosong.

Roti Goyang Special Adilroti
Roti Goyang Special Adilroti


Roti canai kosong yang dibanjirkan dengan kuah kari di atasnya di letakkan dua biji telur yang masih bergoyang pastinya bukan 'hard-boiled egg' yang menjadikannya bergoyang.

Untuk memberikan 'kecomelan' pada telur goyang, ia dipanaskan menggunakan acuan untuk kedai burger jalan membuat benjo.

Sambal ikan bilis nasi lemak sebagai perasa pedas dan penambahan warna merah. Pastikan anda tidak menghidu terus pada serbuk yang ada kerana ia adalah serbuk lada hitam yang mampu membuat anda bersin.

Roti Sarang Denesor (Daging)

Menu ni agak tidak ringkas seperti roti goyang mereka. Masih lagi roti canai kosong sebagai 'base' utama.Lapisan pertama adalah telur mata yang tidak begitu masak dengan kuning telurnya masih boleh bergoyang.

Roti Sarang 'Denesor' Adilroti
Roti Sarang 'Denesor' Adilroti

Toppingnya pula adalah lauk kepada menu ini iaitu lebih kepada daging cincang yang dimasak dengan sos lada hitam dengan taburan sayuran sedikit.

Menu ini lebih menggambarkan kebab bagi penulis, mungkin kerana ia dihampar secara bentangan ia dinamakan sarang denesor (dinasaur).

Kuah masih diberikan mana tahu inginkan sarang di musim moonson, sarang denesor banjir.

Harga Makanan dan Minuman

Dari segi harga, bagi penulis ia bukanlah satu menu harian yang mampu kita nikmati setiap hari, melainkan anda dalam lingkungan kategori yang sudah tidak tahu mahu letak di mana duit setiap pagi.

Roti goyang gedik double special diletakan harganya bernilai RM6 untuk satu hidangan manakala Roti Sarang Denesor berharga RM10. Bagi dua hidangan kita sudah berjaya mengumpul RM16 untuk sarapan pagi.

Dari segi rasa dan keunikan berbaloi, untuk sarapan harian mungkin tidak.

Layanan Staf

Dalam kesibukan pengunjung yang ramai, staf akan membantu anda mendapatkan tempat duduk. Apabila ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan dinasaur atau mainan untuk anak anak mereka tetap melayan pelanggan.

Keunikan Restoran

Di kedai ini disediakan beberapa mainan seperti dinasour untuk kanak-kanak mungkin berdasarkan kepada nama menu denesor yang ada pada menu roti mereka. Bolehlah anak-anak meluangkan masa bermain dengan patung denesor atau lori yang disediakan tanpa melihat gajet media.

Mainan Dinasaur Untuk Kanak Kanak
Mainan Dinasaur Untuk Kanak Kanak


Paling ketara adalah suasana dibawah Jambatan Sultan Mahmud, dengan iringan bunyian kenderaan di atas jambatan.

Mural pada dinding juga boleh dianggap sebagai tarikan dan keunikan kedai makan sarapan Adilroti ini, apalagi kena dengan suasana tepi sungai dengan beberapa jenis bubu laut untuk jualan.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Berada di bawah Jambatan Sultan Mahmud. Boleh menuju ke restoran ini melalui Losong. Google Maps dan Waze mampu membawa anda ke sini.

Adilroti

Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, 

Kuala Hiliran, Jalan, 

Kampung Losong Haji Su, 

21000 Kuala Terengganu, 

Terengganu


Harga Makanan

Roti Goyang Gedik Double Special :  RM6

Roti Sarang Denesor (Daging) : RM10

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 7.45 a.m sehingga 12.30 p.m.

Fasiliti/Kemudahan

Tandas Awam

Kerusi baby

Permainan kanak-kanak

Cara Bayaran

Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

Bank transfer

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Roti Sarang 'Denesor tu.. nampak sedap la. ni g buat mama terigin nak ke ganu ni..

    BalasPadam
  2. kalau yang travel atau bercuti ke Terengganu akan cuba singgah Adilroti ni...roti denesor punya sarang ni macam kebab cuma base dia roti canai...mesti cuba

    BalasPadam