Ad Code

Roti Canai Warung Wak Naan Telok Panglima Garang

Roti canai berjaya mengharumkan nama Malaysia sebagai satu makanan berasaskan roti yang peliang popular.

Roti Canai Wak Naan Telok Panglima Garang
Roti Canai Wak Naan Telok Panglima Garang


Kehadiran roti canai di Malaysia bukan perkara baharu. Biasanya roti canai dimakan ketika sarapan dan ada juga ketika makan malam pun ada.

Roti canai boleh dikategorikan dalam makanan pra sebelum makanan berat seperti nasi. Tidak begitu ringan dan tidak begitu berat.

Roti Canai Di Telok Panglima Garang

Inilah mengapa roti canai sering menjadi pilihan sebagai alas perut atau untuk terus kenyang tanpa makan nasi dan lauk.

Di Telok Panglima Garang terdapat satu kedai makan yang menjadikan roti canai sebagai menu hidangan utama. 

Walaupun nama kedai makan ini ada sedikit unsur jawa namun penebar dan pekerja di kedai makan ini adalah warga asing yang memiliki paras rupa Bangladesh dan India yang mungkin telah dilahirkan untuk memiliki fungsi tangan yang ampuh dalam menebar roti canai.

Roti Canai Warung Wak Nan

Kenali dahulu kedai makan ini, terletak di dalam Jalan Pipit Telok Panglima Garang Banting, kedai makan yang menyediakan roti canai ini dinamakan Warung Wak Nan.

Warung Wak Naan Jalan Pipit
Warung Wak Naan Jalan Pipit


Pelbagai jenis roti canai yang ada di kedai makan yang kecil dan ringkas ini, lebih senang cerita warung ini adalah warung 'portable'. Dari roti canai kosong kepada roti canai sardin yang ada iras murtabak ada disediakan.

Penulis kebiasaannya akan memilih roti canai kosong dengan roti canai telur sahaja di warung ini.

Roti canai yang disediakan di warung ini berjaya menambat hati penulis untuk selalu berkunjung untuk mendapatkan roti canai sebagai sarapan pagi.

Boleh dikatakan pada setiap pagi hujung minggu pasti akan menjadikan roti canai di kedai yang diberi nama warung ini sebagai alas perut waktu pagi.

Rasa, Tekstur Roti Canai

Rotinya cukup lembut dan pejal, itu adalah salah satu kenapa penulis memilih untuk membeli roti canai di warung ini walaupun ada sahaja kedai roti canai lain yang pernah penulis cuba di sekitar Telok Panglima Garang ini.

Roti Canai Kosong
Roti Canai Kosong


Selain lembut dan pejal ia memiliki 'aura' kesegaran pada rotinya, pasti ada rahsia ketika mereka membuat 'dough' untuk roti canai ini.

Selain dari cara tebaran yang berkemahiran oleh penebarnya (penulis melihat sendiri ketika menunggu roti siap) tanpa sebarang koyakan walaupun sebesar syiling 5 sen pada roti yang baru ditebar tersebut.

Roti Telur
Roti Telur


Kawalan api pada kuali pemanas dan tempoh di atas kuali juga mungkin faktor rotinya tidak begit garing, koyak, keras atau agak kering berbanding ada yang walaupun rotinya elok cantik cara masak atau panaskannya atas kuali tiada skil.

Kuah untuk Roti Canai

Dari segi kuahnya juga ada pelbagai jenis. Kuah dal semestinya kalau makan roti canai di Pantai Barat semenanjung Malaysia. Kuah karinya juga pelbagai seperti kari lembu, kari kambing dan kari ikan.

Kuah Kari Lembu
Kuah Kari Lembu


Pengunjung boleh memilih kuah yang diingini sebelum ada di depan pengunjung. Biasanya penulis akan pesan untuk diasingkan dalam dua mangkuk (jika makan di warung) atau plastik (jika bawa pulang) dan sedikit sambal dari sambal nasi lemak sebagai penambah selera.

Jika ada rezeki anda dapatlah seketul isi daging.

Harga Roti Canai

Dari segi harganya masih agak berpatutan. Dengan tekstur, rasa dan hidangan masih berpatutan untuk harga roti canai sebegini.

Bagi dua roti kosong dan satu roti telur memerlukan penulis membuat pembayaran sekitar RM4.90.

Sepinggan Roti Telur
Sepinggan Roti Telur


Harga untuk sarapan pagi dengan dua keping roti kosng dan satu roti telur masih boleh dikatakan agak murah berbanding kedai mamak yang konvensional.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Warung yang agak ringkas bersebelahan dengan sebuah kedai runcit Gaya Muda Enterprise di Jalan Pipit Telok Panglima Garang Banting.

Tidak sukar untuk ditemui memandangkan ia terletak di bahu jalan utama.

Warung Wak Naan,

Jalan Pipit, 

Telok Panglima Garang, 

42500 Kuala Langat, 

Selangor

Harga Makanan

Roti Kosong : RM 1.20/keping

Roti Telur : RM 2.50/keping

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 8 a.m sehingga 4 p.m.

Fasiliti/Kemudahan

Kerusi baby

Cara Bayaran

Tunai


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Dulu suka roti canai tetapi sekarang sudah kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. semakin berumur bolehlah berhenti atau kurangkan makan makanan berkolesterol..
      kalau rasa ngidam tu boleh la makan sekali sekala..kesihatan lagi penting

      Padam