Ad Code

Makan Maggi Celup Di Kedai Mi Celup Kak Lah Jenjarom Banting

Bihun celup, mi celup, maggi celup dan kue tiaw celup merupakan satu hidangan berkuah yang memiliki peminatnya sendiri.

Maggi Celup Kak Lah Jenjarom Selangor
Maggi Celup Kak Lah Jenjarom Selangor


Walaupun jauh ada yang sanggup untuk mendapatkan menu berkuah sup dengan kuah yang gelap ini. Walaupun ia lebih banyak di sekitar Kelantan, menu ini sudah banyak melebarkan rasanya ke seluruh negara.

Salah satunya adalah di Jenjarum, Banting Selangor. Terdapat sebuah gerai yang agak 'portable' yang menyediakan hidangan pelbagai jenis mi celup ini. memandangkan ia portable harap warung tersebut berjaya bertahan seperti artikel ini.

Kedai Mi Celup Di Jalan Sukepi Jenjarom

Sebelum kita menuju lebih jauh kepada rasa, tekstur dan harga makanan celup di kedai ini, penulis akan ceritakan sedikit mengenai kedai makan ini.

Terletak di hadapan kawasan taman perumahan di Jalan Sukepi, yang agak strategik memandangkan ia didirikan di bawah teduhan pokok yang menjadi teduhan percuma semulajadi.

Kedai Mi Celup Bawah Pokok
Kedai Mi Celup Bawah Pokok


Kedai makan ini diberi nama Mi Celup Kak Lah. Nama pun agak menggambarkan pemiliknya adalah dari Kelantan.

Kedai Makan Di Bawah Pokok Rendang

Kedainya tidaklah begitu besar namun terdapat tiga buah meja disediakan jika ingin makan terus di kedai. Dari segi keselesaan dan ketenang 'healing' sambil mengisi perut penulis berikan penilaian 'A'.

Kedai ini menyediakan hidangan celup sahaja (ketika penulis berkunjung). Mi, maggi, bihun, kue teaw antara menu utama untuk hidangan berkuah ini.

Maggi Celup Menjadi Pilihan

Memandangkan maggi memiliki tekstur yang agak pejal dan mudah dihirup bersama kuah dan kebarangkaliannya untuk 'bengkak' agak rendah, penulis mencuba maggi celup di kedai makan ini.Lagipun, mata penulis tertumpu kepada mi segera siam 'serda' yang berada di samping jenama maggi. Penulis meminta untuk disediakan maggi celup dengan mi segera siam tersebut.

Maggi Celup Dalam Mangkuk Putih
Maggi Celup Dalam Mangkuk Putih


Pada impresi pertama apabila semangkuk maggi celup yang sampai di hadapan mata penulis, kali pertama penulis akan makan dalam satu mangkuk seperti bekas air krim zaman 'tutti fruitti' masih wujud. Biasanya dalam mangkuk plastik atau mangkuk kaca ini lain sedikit, harap BPA free.

Lengkap Bahan Dalam Maggi Celup

Dari segi bahan yang ada dalam maggi celup ini 99% lengkap. Dengan maggi yang porsinya sebungkus, kuah gelap kehitaman yang hampir memenuhi.Sayur kangkung ada, serbuk lada dan serbuk kacang tanah masih kelihatan dalam kuah hitam yang agak kemerahan tersebut.

Bagi ciuman bau yang pertama, perisanya terus menusuk terus ke saraf dalam hidung diiringi dengan wap dari kepanasan kuah. Terdetik di minda 'inshaAllah maggi celup ini pedas".

Diserang Kepanasan dan Kepedasan Dalam Maggi Celup

Bermula dengan hirupan pertama, tekaan awal penulis tidak salah, memang panas dan pedas. Pedasnya terus menerjah dirasakan dalam mulut. Agak kuat rasa pedasnya, jika direndahkan sedikit 'volume' pedasnya pasti agak kena dengan kuah yang suam tersebut.

Jika mahu berikan kepada anak atau kanak-kanak pastikan anda mencubanya dahulu dan buat sedikit 'alter' dengan penambahan air.

Apa yang boleh penulis ceritakan mengenai maggi celup ini adalah, kepedasan dan kekuatan perisa telah menghilangkan perasaan santai ketika menikmati maggi yang agak kenyal tersebut.

Agak Gagal Dinikmati Dengan Tenang

Seumpama kita ingin cepat-cepat menghabiskan hidangan tanpa menikmatinya dengan tenang walaupun di bawah pohon rendang yang redup pada jam 3.30 petang.

Ini bukan kali pertama penulis menikmati maggi celup, namun, kali ini ia kurang kena dengan selera penulis. Satu perisa dan pedas yang 'kepekatan'nya agak tidak kena dengan maggi celup, jika dikurangkan sedikit perisa yang melampau pasti penulis berikan penilaian 'A' untuk maggi celup ini.

Harga Semangkuk Maggi Celup Kak Lah

Dari segi harganya penulis sudah dapat bayangkan ia berada dalam sekitar RM5-RM7 semangkuk. Terbukti ia berharga RM7. 

Untuk selera penulis dengan harga ini agak tidak seiring kerana ia gagal menyebabkan penulis ingin mencuba lagi, melainkan memang sudah tiada kedai mi celup lain.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di hadapan taman perumahan di Jalan Sukepi Jenjarum. Jika dari Klang ia berada di sebelah kiri dibawah rimbunan pepohonan rendang. Tidak jauh dari food court Last Corner.

Mi Celup Kak Lah,

Taman Srikandi 3/18, Bt 10, 

Jalan Sukepi, Kebun Bharu, 42500 

Telok Panglima Garang, Selangor


Harga Makanan

Maggi Celup Biasa : RM7

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari 3 p.m hingga 11 p.m

Cara Bayaran

Tunai


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. masih berbaloi untuk harga RM7 walaupun hanya maggie celup...harga maggie sebungkus pun sudah cecah RN1 lebih

    BalasPadam
  2. Kalo rasa terlalu pedas terkadang memang tak bisa dinikmati. Saya suka pedas, tapi yg sewajarnya. Menarik juga konsep dia ni. Apalagi kalau dimakan saat hujan , menghangatkan badan sangat ❤️

    BalasPadam
  3. aku belum pernah coba Mi Celup, keliatan enak bangettt dan hangat ya :D

    BalasPadam
  4. Megi celup ni mmg glamer kalau di uptown dan kedai siam kan? tp sy x brp gemar mungkin blom jumpa yg benar² memikat hati dan rasa kot

    BalasPadam