Walaupun penulis bukan penggemar kafein yang tegar sehingga memiliki mesin pembuat kopi di rumah atau jenis 'portable coffe grinder' nafsu untuk menikmati kopi tetap ada.
Kopi Hainan Jalan Kebun Klang |
Jika tidak buat bancuhan sendiri di rumah, pastinya kopi jalanan menjadi pilihan. Bukan apa untuk ke Starbucks, atau Coffee Bean restaurant agak kurang digemari penulis tambahan pula dengan harga mereka yang agak bukan rahmah.
Kopi Jalan Murah dan Sedap
Kopi jalanan walaupun dengan harga yang boleh dikatakan murah namun tetap kualitinya sama dengan yang dibuat di dalam bar atau tempat bancuhan berhawa dingin.
Dulu tidak banyak kopi jalanan yang ada, paling-paling pun pasti mengunjungi Cool Blog atau Tealive, namun lebih banyak berhenti di membeli kopi jalanan yang berharga sekitar RM5 dahulu, iaitu kopi bancuhan dari tupperware.
Kopi Hainan Tepi Jalan
Kini, sudah banyak nama kopi jalanan yang timbul salah satunya Kopi Hainan.
Dari sekadar ingin mencuba kepada sudah menjadi 'agak' satu kemestian apabila terlihat, terserempak atau bertembung dengan gerai atau kiosk kopi hainan yang ada di tepi jalan.
Di Kg Jalan Kebun Shah Alam terdapat satu gerai Kopi Hainan yang agak 'regular' penulis kunjungi.
Kopi Hainan agak lain rasanya berbanding kopi yang penulis cuba. Dengan aroma dan bau yang agak unik. Walaupun untuk menu Kopi Hainan Regular (kosong) yang tidak ditambah dengan apa-apa campuran lain, rasa dan aromanya agak unik.
Kopi Hainan Original Regular |
Rasa Unik Beraroma Pada Kopi Hainan
Lembut dan berperisa bersama aroma uniknya. Jika ditutup mata dan dihirup atau disedut Kopi Hainan, penulis sudah boleh memberikan jawapan yang betul.Ini adalah salah satu Kopi Hainan menjadi pilihan penulis buat masa sekarang jika ingin menambah kafein dalam darah.Kopi Hainan Regular kosong pun sudah cukup.
Kopi Hainan Regular Top View |
Bagi yang gemar dan sukakan versi 'meriah' terdapat juga menu lain yang ditawarkan kepada pelanggan.
Pilihan Menu Kopi Hainan
Versi latte, mocha, coklat uga menghiasi pilihan menu untuk penggemar kopi. Apalagi dengan penambahan beberapa jenis 'topping' diatasnya seperti krim, oreo dan beberapa jenis topping lagi.
Contohnya, untuk Kopi Hainan Truffle Choc yang 'base' adalah bancuhan coklat dengan krim sebagai 'topping'nya.
Chocolate Truffle Kopi Hainan |
Menu Kopi Hainan dikategorikan kepada tiga kelas;
1. Regular (Simple,kosong)
2. Premium (Tambahan sedikit bahan)
3. Signature Premiun (agak meriah penambahan)
Chocolate Truffle Top View |
Harga Kopi Premium Agak Murah
Dari segi harganya agak murah. Secara 'standard' harga kopi jalanan adalah bermula RM5-RM7 untuk satu cawan plastik lutisinar. Paling murah Kopi Hainan Regular hanyalah RM4. Mungkin dari segi saiz cawan (cup) menjadi ukuran.
Untuk pilihan lebih 'meriah' seperti Premium dan Signature premium tidaklah sampai melepasi garis harga RM10, ketika artikel ini ditaip a masih dalam julat RM7-RM9.
Kopi Hainan Tepi Jalan |
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Memandangkan ia warung 'portable' sukar untuk memberikan kepastian akan kewujudan untuk beberapa ketika namun ia berada di Jalan Anggerik Tania menghala ke Jalan Kebun.
Kopi Hainan Jalan Kebun Shah Alam,
Jalan Anggerik Tania,
Kampung Jln Kebun, 40460
Shah Alam,
Selangor
Kopi Hainan Regular RM4
Kopi Hainan Truffle Chocolate Premium RM7
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Kod
Bank transfer
Perkihdamatan Hantaran (Delivery)
Foodpanda
Grabfood
Shopeefood
0 Ulasan