Ad Code

Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Losong Padang Hiliran Kuala Terengganu

Bagi masyarakat kawasan pantai timur Malaysia, sarapan pagi mereka adalah versi 'makanan berat'. Jika di belah pantai barat Malaysia memakan nasi lemak ketika waktu pagi sudah nampak seperti makan tengah hari, di pantai timur Malaysia ia cuma biasa sahaja.

Nasi Dagang Atas Tol Padang Hiliran Terengganu
Nasi Dagang Atas Tol Padang Hiliran Terengganu


Nasi dagang antara sarapan pagi yang cukup popular di pantai timur. Di Terengganu dan Kelantan, tidak begitu menghairankan jika nasi dagang yang agak berkalori sebegitu menjadi menu sarapan pagi.


Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Dagang Terengganu

Apalagi kedua dua resepi dari Kelantan dan Terengganu juga berbeza. Jika di Kelantan, terdapat taburan halba dan beras jemah yang di tanak bersama beras pulut akan tetapi di Terengganu, sekadar beras pulut.

Bagi yang ingin mencuba nasi dagang versi Terengganu pasti akan kenal akan Nasi Dagang Atas Tol. Ketika artikel ini ditaip, terdapat lima buah cawangan Nasi Dagang Atas Tol. 

Walaupun Terengganu tiada tol meinkan exit LP2, tidak beerti restoran ini berada di atas plaza tol.Atas Tol merupakan nama tempat permulaan nasi dagang yang agak tular di Terengganu ni dijual.

Nasi Dagang Atas Tol cawangan Padang Hiliran Kuala Terengganu

Kali ini penulis berpeluang untuk mencuba nasi dagang dengan jenama Atas Tol ini di cawangan Padang Hiliran, Kuala Terengganu.


Nasi Dagang Atas Tol Hiliran Losong
Nasi Dagang Atas Tol Hiliran Losong

Mahu makan nasi dagang di sini, pastikan anda seorang 'morning person' kerana ia dibuka awal pagi waktu makan pagi.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai beratur meskipun ia beberapa minit sebelum jam 8 pagi. Dua bahagian dikelaskan disini antara anda ingin makan di kedai atau bawa pulang.

Sistem Layanan Pelanggan yang Mesra Informasi

Keprihatinan kedai makan Nasi Dagang Atas Tol Hiliran ini jelas kelihatan apabila beberapa kerusi merah disediakan untuk yang menunggu.

Nilai kemanusiaan juga terserlah apabila lauk atau apa-apa makanan yang hampir habis akan diberikan taklimat kepada yang beratur, tidaklah kecewa berlaukan hampa apabila sampai di kaunter, diberitahu makanan habis.


Beratur Panjang
Beratur Panjang

Satu lagi keunikan dalam versi kemanusiaan yang boleh penulis perhatikan adalah pihak kedai makan akan carikan meja dan tempat duduk kepada anda dengan nombor meja sekali, ini agak 'rare' memandangkan biasanya kedai ramai orang kurang peduli akan mana anda hendak duduk kalau tempat penuh.

Tema pesanan di Nasi Dagang Atas Tol Hiliran ini berlandaskan layan diri dan bayar dahulu.

Cara Membuat Pesanan Ketika Di Nasi Dagang Atas Tol

Beratur untuk membuat pesanan, dapatkan nombor meja, buat bayaran terus menuju ke meja makan yang telah diberikan.

Langkah Langkah untuk Makan Di Kedai NDAT

1. Beratur di barisan untuk makan.

2. Dapatkan nombor meja di kaunter

3. Buat pesanan beserta bayaran di kaunter

4. Ambil makanan di kaunter

5. Silalah menjamu selera di meja yang diberikan


Langkah Langkah Pesan Makan Di NDAT
Langkah Langkah Pesan Makan Di NDAT

Menu Makanan yang Ada Di Nasi Dagang Atas Tol Hiliran

Antara menu dan hidangan yang ada di Nasi Dagang Atas Tol Hiliran adalah;


Set Nasi Dagang Ikan Tongkol (Aya)
Set Nasi Dagang Ikan Tongkol (Aya)

1. Nasi Dagang Ikan Tongkol (aya)

2. Nasi Dagang Ikan Tongkol (aya) dan Telur 

3. Nasi Dagang Ayam Goreng

Menu selain nasi dagang

1. Nasi Minyak Ayam Goreng

2. Nasi Minyak Ayam Masak Merah

3. Nasi Minyak Gulai Daging

Menu selain nasi

1. Pulut Kuning Ikan

2. Pulut Kuning Gulai Daging

Nasi Dagang Ikan Tongkol (Aya)


Nasi Dagang Ikan Aya NDAT
Nasi Dagang Ikan Aya NDAT

Dengan warna nasi putih dan agak berpulut itulah trademark nasi dagang Terengganu. Di hidangkan pada pinggan yang bersaiz sederhana dalam kuantiti semangkuk nasi.

Isi ikan tongkol yang direbus diletakkan di atas nasi. Portionnya tidaklah banyak, untuk meratah mungkin tidak berkesempatan.

Turning point pada hidangan ini adalah kuahnya yang seakan kari tetapi masih dalam versi gulai yang agak pekat dengan beberapa biji lada sebagai penyeri rasa.

Kalau makan benda versi pulut dan berkuah kalau tak dipesan airnya, pasti akan berlaku sedikit kesesakan makanan di esofagus apalagi jika berlakunya sendu.

Teh Peng Ombak Rindu 

Pelbagai jenis air yang disediakan, mintalah air apa. Namun, alang-alang datang sekali sekala di sini pesanlah air spesial dari mereka iaitu air Teh Peng Ombak Rindu


Teh Peng Ombak Rindu NDAT
Teh Peng Ombak Rindu NDAT

Bunyinya agak mengusik perasaan namun apabila di depan mata ia mengusik selera. Ia adalah teh air madu yang berbuih-buih dengan kapasiti yang banyak sehingga menybabkan lelehan berlaku tanpa batasan di dinding gelas anda.

Apa yang pasti buih buih ini tidak mudah goyah ditiup angin, cukup kental.

Layanan Staf dan Pekerja NDAT

Dari segi layanan oleh staf cukup baik. Segala pertanyaan dijawab lembut, senyum dan cemerlang walaupun sedang sibuk menyiapkan tugasan ketika waktu puncak.

Segala informasi diberikan tanpa segan silu walaupun lauk ikan tongkol habis.

Harga Makanan Nasi Dagang Atas Tol

Dari segi harga makanan yang ada di sini agak cukup 'rahmah' dan tidaklah begitu mahal seiring dengan nama dan jenamanya. Satu hidangan masih lagi dalam julat harga bawah RM10.

Contoh harga bagi makanan yang biasa dipesan;

1. Nasi Dagang Ikan Tongkol (aya) : RM 5.50

2. Nasi Dagang Ikan Tongkol (aya) dan Telur  : RM 6.50

3. Nasi Dagang Ayam Goreng : RM 8



Senarai Harga Makanan Di NDAT
Senarai Harga Makanan Di NDAT

Dari segi harga minima dan maksimanya adalah dalam julat RM 5.00 hingga RM 8.00. Bagi penulis dengan jenamanya dan apa yang ditawarkan cukup murah. Dari segi sarapan mungkin ia bukan harga marhaen.

Ulasan Penulis

Restoran ini cukup mudah untuk dikunjungi dari segi kedudukan dan parkirnya. Tidak memerlukan pengetahuan perjalanan dan navigasi yang tinggi untuk sampai memandangkan ia berada di tepi jalan utama.

Dari segi makanan agak banyak yang ditawarkan kepada pelanggan untuk sarapan pagi. Bukan sahaja ada menu nasi dagang malahan terdapat pilihan menu lain.

Apa yang memberikan observasi penulis kekal dalam ingatan akan layanan dari beratur, mendapatkan tempat makan dan info semasa yang diberikan suatu yang baharu kerana gagal ditemui di tempat lain.

Dari segi rasa makanan, ia mungkin hebat untuk mereka yang  kali pertama merasai nasi dagang Terengganu. Bagi yang pernah makan, ia sekadar nasi dagang Terengganu yang biasa selain dari keunikan air teh ais yang berbuih padu.

Harga yang agak berpatutan memandangkan ia berada pada julat RM 10.00 dan ke bawah untuk satu hidangan. Masih berpatutan walaupun untuk sarapan kerana portion makanan seolah olah anda telah makan tengah hari, lebih  tepat ia menu 'brunch'.


Penilain : 4.5/5.0


Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di sekitar kawasan Kampung Losong cukup mudah untuk sampai jika dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Google Maps dan Waze akan memberikan destinasi tepat, boleh rujuk alamat di bawah;

Nasi Dagang Atas Tol Hiliran,

Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 

21000 Kuala Terengganu, Terengganu



Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Rabu dari jam 6.30 a.m sehingga 11.30 a.m

Fasiliti/Kemudahan/Kelengkapan

Kerusi Baby

Tandas Awam

Cara Bayaran

Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

Bank transfer

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. mengiurkan...rasa nak makan juga la

    BalasPadam
  2. pernah mkn di cawangan Bandar, depan Paya Bunga..memang sedap.mkn nasi dagang & nasi minyak..kopok lekor pun sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak cawangan ndat ni...tunggu untuk luar Terengganu pulak hehe..puas hati pekena makanan sini

      Padam
  3. Ya Allah, cuma bisa membayangkan melihat nasi dagang dan teh peng dengan busanya yang padat 🤤🤤🤣🤣🤣.

    Terengganu ini jadi bucket list saya tahun depan kalo ke Malaysia lagi. Dulu teman kuliah banyak yg asalnya dari sini. Makanya nak visit kota ini. Apalagi yg saya baca kuliner di sana memang lah sedap. 👍😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi dagang ni seperti signature atau trademark menu makanan di Terengganu Malaysia.
      Datang ke sini boleh cuba nasi dagang baru kenal masakan Terengganu

      Padam