Kuala Terengganu mendapat jolokan Bandara Pesisir Pantai. Ada sebabnya ia mendapat gelaran pesisir pantai.
Salaza & Son Restaurant Kuala Terengganu |
Sepanjang perimeter negerinya sememangnya menghadap Lautan China Selatan yang menjadi tarikan utama apabila melancong di Terengganu.
Kehadiran pelancong domestik atau luar menjadikan industri makanan mula kencang bercambah.Travel dan makan jarang boleh dipisahkan apalagi di Kuala Terengganu.
Restoran Western Food Di Kuala Terengganu
Kadang kadang tekak Melayu akan agak jemu dengan masakan biasa. Ingin pula mencuba masakan ala barat yang lazimnya makanannya di sediakan melalui panggang atau grill.
Kali ini penulis berjaya menemui satu kedai makan ala barat (western food) yang agak 'ranggup' temanya iaitu Salaza and Sons Kuala Terengganu.
Restoran Western Salaza & Sons |
Sebelum kita menjengah makanan yang penulis cuba di sini, mari penulis ceritakan tema kedai makan western ini.
Restoran Western Food Dengan Tema Kafe Motorsikal
Temanya lebih kepada mat mat motor dan bar. Terdapat satu bar yang dicipta dengan tema motosikal pada restoran ini. Dengan suasana redup lampu malap dan warna persekitaran bar di Texas, US, apalagi dengan gantungan sprocket dan beberapa aksesori motor, pasti anda tahu akan tema kedai makan ini.
Bunyi bising orang bersembang, desiran jus daging atas pemanggang, giatnya pelayan ke sana dan ke sini itu antara suasana yang boleh penulis gambarkan.
Beberapa ketika terdapat bunyian ujian instrumen 'busking' menandakan busking juga mendapat tempat di restoran ini.
Antara Menu Pilihan Hidangan Di Salaza & Son Bike Cafe
Jom kita beralih pula dengan makanan. Boleh dikatakan 80% apa yang ada dalam menu adalah ala barat (western). Ada juga hidangan goreng-goreng dan masakan panas namun mungkin tidak sesuai dengan penampilan restoran ini, apalagi tiada sebarang lampu kalimantang berbalut warna warni tiada kelihatan.
Grilled Chicken
Kali ini penulis mencuba set ayam panggang (grilled chicken) dengan sos lada hitam sebagai kuah.
Grilled Chicken with Black Pepper Sauce |
Set grilled chicken ini datang dengan sekeping ayam bahagian paha yang dipanggang dan di perap dengan perapan bersama madu. Menghadirkan warna perang kekuningan dengan sedikit hitam hasil cucuhan api.
Dalam satu pinggan dihidangkan juga jejari kentang yang digoreng atau juga dikenali sebagai 'french fries' yang garing dan kekuningan.
Diseimbangkan pula dengan sehelai daun salad dan keratan rentas sebiji tomato cherry dengan mandian mayonoise.
Nasi Goreng Grilled Chicken |
Dengan penambahan warna merah dalam set ini, kacang panggang dari tin berjaya diceduk ke dalam pinggan.
Mix Platter Western Food
Jika berkunjung ke restoran western, pasti akan mencuba set mix platter yang ada sebagai tanda kita mencuba semua bahan yang ada.
Mix Platter Westrn Food |
Dalam mix platter di Salaza & Sons Bike Cafe ini, mereka menyediakan chicken chop, grilled chicken, fries, sosej, dan beberapa helai salad dengan sos cili beserta sos lada hitam dalam satu Community Shield Trophy eh dalam satu talang.
Keunikan Menu Bike Cafe
Memandangkan restoran ini dengan konsep 'bike cafe' maka terdapat sedikit keunikan yang ada pada menu yang berjaya menarik perhatian penulis iaitu seperti
Menu Yamaha Sport
Nasi Goreng Yamaha Sport |
Banyak juga nama motorsikal lagenda (bukan Yamaha Lagenda) dalam menunya,yang menarik perhatian penulis adalah menu ini, iaitu menu Yamaha Sport.
Ia adalah satu hidangan nasi goreng ikan, mungkin ikan rebus yang digoreng, dengan hiasan beberapa keping keropok yang agak cepat hilang keranggupannya.
Layanan Staf
Dalam kesibukan dengan ramainya pengunjung, staf yang ada masih mampu memberikan pertolongan jika terdapat pengunjung yang inginkan pertolongan.
Stafnya juga ramai jika dilihatkan keadaan ketika penulis di sana.
Lokasi Restoran
Terletak di tengah perkampungan Jalan Kebun Klang. Tidak begitu sukar untuk sampai ke restoran memandangkan ia berada di tepi jalan. Carian melalui Waze atau Google Maps pasti berhasil.
Salaza & Son Bike Cafe
Kiosk 1,2,3 & 4,
Tmn Awam Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 5 p.m sehingga 12 a.m
Fasiliti/Kemudahan
Kerusi Baby
Tanda Awam
Cara Bayaran
Tunai
Debit kad (pin atau paywave)
Bank transfer
1 Ulasan
Kalo ke Malaysia sebenernya saya lebih memilih makanan khas sana drpd western foods. Krn di jakarta pun banyak. Tapiiiii suami saya terkadang pengin merasakan makan di tempat berbeda, seperti resto and bar macam di atas. Apalagi kalo ada live music, makin suka dia 😄
BalasPadamKonsep restoran seperti ini kayaknya banyak di area pantai yaa. Di batu feringgi pun sekitaran pantainya ada banyak resto and bar , mungkin untuk meng-cater para turis kulit putih 😁