Ad Code

Maggi Udang Di Restoran Ombak Pantai Penarik Terengganu

Kadang kadang mulut, tekak dan esofagus memerlukan satu bentuk terapi berupa cecair berperisa dan suam suam melalui mereka semua.

Maggi Udang Pantai Penarik Terengganu
Maggi Udang Pantai Penarik Terengganu

Apalagi kuahnya adalah dalam kategori makanan laut (seafood) perisanya. Ditambah pula dengan kekenyalan mi yang disedup bersama kuah yang suam dan pedas.


Nikmat sebegini pernah penulis rasai apabila merasa satu hidangan yang boleh dikatakan agak 'rare' untuk berada sebaris dengan menu-menu celup tepung.

Penulis cuba ceritakan ini adalah berkenaan, semangkuk maggi udang di sebuah restoran celup tepung di Pantai Penarik Terengganu.

Hidangan ini diberi nama Maggi Udang

Maggi Udang Ombak Pantai Penarik

Pada awalnya penulis agak kurang yakin akan makanan lain yang ada disini melainkan celup tepungnya. Apalagi restoran ini memang merupakan sebuah kedai yang menyediakan makanan celup tepung.


Semangkuk Maggi Udang
Semangkuk Maggi Udang

Sebagai kelainan penulis mencuba satu hidangan berkuah, yang masih dalam halaqah makanan laut iaitu maggi yang direndam di dalam kuah bewarna merah menuju ke tona kehitaman dengan kelihatan beberapa ekor udang bersaiz kecil terendam di dalamnya.

Beberapa item yang berjaya ditemui dalam semangkuk Maggi Udang Ombak Pantai ini adalah;


1. Mi Maggi

2. Udang

3. Sayuran (lobak dan karot)

4. Limau nipis

Rasa Kuah Maggi Udang

Bermula dengan hirupan pertama kuahnya dengan sudu besi, rasa manis mula berkisar di dalam mulut dan apabila keseluruhan kuah tadi melepasi pangkal esofagus maka bauany rempah mula datang dan seterusnya rasa pedas sederhana mula singgah dibahagian mulut.

Kuahnya tidaklah terlalu pekat dan tidaklah terlalu cair. Tekstur sebegini cukup elok apabila dihirup ketika ia masih suam. Terasa penuh di dalam mulut aromanya.

Mi Dalam Maggi Udang


Maggi Dalam Kuah Sup
Maggi Dalam Kuah Sup

Walaupun tukang masak menggunakan maggi yang biasa kita makan, ia masih kenyal dan tidak kembang dan lembik. Tekstur sebeini cukup enak dimakan bersama kuah tadi. Dari segi portion, sekeping sahaja kepingan maggi ini digunakan.

Lauk Dalam Maggi Udang

Dari segi nama pasti lauk utamanya adalah udang. Semestinyalah udang yang ada dalam Maggi Udang ini. Namun, besarkah ? atau banyakkah udangnya ?


Udang Dalam Maggi Udang
Udang Dalam Maggi Udang


Dari segi saiz udang tidaklah saiz yang besar, sekadar saiz yang mampu kita lihat di kedai-kedai runcit di bahagian tong bewarnan oren.

Dari nilai bilangannya pula penulis mendapatkan udang ini melebihi lima ekor berjaya direndamkan di dalam kuah tersebut.

Tiada rasa yang istimewa pada udang ini selain udangnya masih boleh dimakan dan masih pejal serta warna isinya masih segar.


Ulasan Penulis

Kelebihan hidangan ini ada pada kuahnya. Memang boleh buat penulis teringat akan kuahnya hingga sekarang. Tetapi ia mungkin mengganggu perut mereka yang tidak berapa gemar akan pedas dan kanak-kanak.


Udang dan Maggi Dalam Maggi Udang
Udang dan Maggi Dalam Maggi Udang

Dari segi harga berpandukan kepada saiz udang, mi yang digunakan dengan harga sebegini agak mahal.


Penilaian Keseluruhan : 4/5


Informasi Pengunjung

Lokasi Ombak Pantai Pantai Penarik

Dalam laluan Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, restoran ini terletak di tengah tengah jajaran pelbagai kedai celup tepung.

Alamat

Ombak Pantai Celup Tepung

Jln Penarik, 

21010 Kuala Terengganu, 

Terengganu

Harga Hidangan

RM15/mangkuk

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari. Bermula jam 10 a.m sehingga 8 p.m

Kaedah Pembayaran

Tunai

QR Duit Now

Bank Transfer

Touch n Go Ewallet



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tak apa, biasanya kalau pakai udang, pastilah harga agak mahal kan 😄. 5 ekor pula tuh.

    Deskripsi makanannya bikin saya nak masak mie instan saat ini juga, dan tambahkan udang ke dalam 🤣. Terlalu lama menunggu nak ke Terengganu 🤤😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terengganu berada di tepian Laut China Selatan.. mudah untuk dapatkan seafood..
      apalagi udang.. pantai penarik banyak kedai seafood murah murah boleh datang sini jika berpeluang

      Padam